Bersherita
Kisah-kisah benar dan rekaan dari pengalaman yang dilalui oleh sang perapu ...
Tuesday, 22 November 2016
SINGA DAN HARIMAU ( PERMULAAN )
"Anakanda ke sana baik baik sahaja bonda , bonda jangan khuatir , anakanda pasti selamat ", Pujuk Taslam.
" jaga la diri kamu , semoga petualangan kamu dirahmati Allah , Bonda Doakan Semuanya Baik sahaja ", Sedih Seorang ibu kerana pertama kali meninggal kan anak jantannya pergi mengembara untuk melihat dunia dan mempunyai hajat besar.
" Anakanda mohon berangkat dari sini , Ampunkan anakanda jika menderhaka kepada Bonda , Halal kan makan minum anakanda ", Tunduk Taslam Meminta berkat kepada orang tua nya.
"Baiklah Tengku Harimau, Ku Halal kan semuanya " Perempuan itu mengesat kan air matanya .
Lalu seorang anak muda menyalam tapak tangan ibunya yang pernah melahirkan didunia ini dan mencium pipi bonda nya , dia berharap keselamatan ibunya terjamin dengan berkat izin Allah S.W.T. Selepas itu , dia melangkah setapak hingga melewati gerbang keluar istana . Lalu dia berada di dalam Hutan.
"Astagfirullahalazim , Astagfirullahalazim , Astagfirullahalazim ", Sebut taslam selepas berada didalam hutan itu .
Lalu dia mendepakan tangan lalu membaca dua kalimah syahadah , kemudian dia memejam mata lantas terkumat kamit membaca doa perlindungan . Selepas itu , dia memulakan perjalanan dengan melangkah kaki kanan . Tidak jauh dari tempat dia melangkah itu , dia terdengar deruan air terjun . Lantas dia bergegas kesana kerana Tengku Sidik memesan supaya dia bermandi di Air terjun itu dan menyalin pakaian .
Sudah sahaja dia melangkah keluar dari denai itu , dia melihat seorang lelaki berbadan sasa duduk kaku bersila di atas batu yang terletak di kawasan Air terjun tersebut . Tetapi dia harus melaksanakan pesanan dari Tengku Sidik terlebih dahulu . Tanpa berlengah , dia hiraukan lelaki itu dan dia terus bermandi di Kawasan Air terjun itu . Kemudia dia membuka kotak kayu yang telah dibawa tadi , lantas dia terjumpa pakaian yang amat asing bagi nya , Seluar Jeans dan T-Shirt Hitam plain .
" pakaian dari mana ini , Amat asing bagi ku melihat nya didalam istana ", merungut Taslam . Sambil berleter itu , dia mengenakan pakaian itu dan menyimpan pakaian persalinan asalnya kedalam kotak itu lalu dia menyorok kan kotak kayu itu disebalik Pokok Jejawi . Selepas itu , dia cuba mendekati lelaki sasa yang dari tadi kaku duduk bersila di atas batu itu .
"Assalamualaikum Saudara ", Salam dilemparkan oleh Taslam. Lalu salam dijawab oleh lelaki sasa itu tanpa dibuka matanya atau memandang sesiapa yang memberi salam kepadanya . Taslam kehairanan melihat perlakuan lelaki sasa tadi .
Dalam Taslam sedang memerhati itu , tiba - tiba muncul seorang Lelaki Tua menghampiri Lelaki Sasa itu . Lelaki Tua itu tidak asing baginya.
" Tengku Sidik !!!! ", panggil Taslam.
Terkejut Tengku Sidik apabila nama nya dipanggil . Lantas dia menunjukkan simbol jari supaya senyap. Lalu Taslam bertambah kehairanan apabila melihat Tengku Sidik menjatuhkan Geliga ke arah kepala Lelaki sasa itu . Lantas Lelaki sasa itu mengambil geliga tersebut tanpa membuka mata dan menyimpan geliga tersebut ke dalam poketnya bajunya. Dan Tengku Sidik mendekati Taslam.
"Assalamualaikum Warahmatullah Tengku Harimau ", kata Tengku Sidik.
" Waalaikummusalam warahmatullah , apa yang tuan hamba lakukan pada lelaki itu , Geliga itu kenapa diberikan kepadanya ? " ,tanya taslam sambil menghulurkan Tangannya untuk bersalaman dengan Tengku Sidik.
" lelaki itu memanggil tuan hamba kerana dia memerlukan geliga ini untuk kegunaannya disana , niatnya baik maka tuan hamba membantunya , semoga dia diberkati tuhan ", jawab Tengku Sidik.
" Begitu Rupanya tujuan lelaki itu duduk kaku bersila disana ", senyum Taslam apabila mengetahui tujuan lelaki sasa itu.
" Cuba kamu lihat di atas Pokok itu " tunjuk Tengku Sidik kepada Taslam.
Terlihat satu Lembaga Hitam besar yang seakan akan Big foot dengan taring nya yang panjang hingga ke dada nya itu seperti memerhati lelaki sasa itu yang sedang kaku bersila.
" Ayuh Tengku ! , kita mesti selamatkan Lelaki sasa itu ", Perintah Taslam.
" Jangan khuatir , sebentar nanti kamu akan melihat sesuatu yang amat menakjubkan ",
jawab Tengku Sidik.
Tiba - tiba Lembaga Hitam itu menyerang Lelaki Sasa itu dari atas Pokok . Lantas Lembaga itu terpelanting ke belakang kerana dihalang perisai yang dibuat oleh Lelaki sasa itu . Taslam begitu teruja melihat kejadian itu dan Tengku Sidik hanya tersenyum melihatnya.
" Bukan Calang calang lelaki itu ", sampuk Taslam
" Tuan Hamba pergi menegur lelaki sasa itu , nanti dia akan bawa Tuan hamba keluar dari Hutan ini dan menolong Tuan Hamba ", Perintah Tengku Sidik . Lalu Taslam mengangguk tanda setuju . Kemudian Tengku Sidik mengangkat Sembah dan Terapung ke udara dan ghaib setelah melayang ke Denai yang terdekat. Begitu juga dengan makhluk Lembaga hitam itu , turut ghaib setelah terpelanting ke belakang setelah gagal menyerang lelaki sasa itu . Kemudian Taslam cuba mendekati Lelaki sasa itu kali kedua.
" Assalamualaikum warahmatullah saudara ", salam dilemparkan oleh Taslam
" Waalaikummusalam warahmatullah , Terima Kasih dengan pemberian geliga ini kepada aku", jawab lelaki itu yang masih kaku bersila di atas batu itu tanpa melihat siapa yang dia sedang bercakap.
" Maafkan Patik , geliga itu bukan diberi oleh Patik ", Taslam cuba perbetulkan salah faham tersebut.
" Jadi kau datang kesini mahu menduga aku yaa " lantas lelaki itu bangkit dari tempat pertapaanya kemudian memasang kekuda mahu menyerang . Tetapi dia tersentak apabila melihat seorang lelaki memakai Tshirt dan berseluar jeans berada di hadapannya .
" aikkk sape pulak kau ni ", kehairanan lelaki itu .
" Gelaran Patik adalah Abdullah Taslam ", Taslam menjawab pertanyaan lelaki itu sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
" apa kau buat kat sini , sini hutan tebal , jarang orang luar boleh tahu tempat ini , sini hutan tak pernah diteroka lagi kecuali aku ", tanya lelaki sasa itu sambil membalas salaman yang telah dihulur oleh Taslam.
" Patik Sesat Kedalam Hutan ini , Patik cuba mencari jalan keluar tetapi tidak ketemu hingga ke hari ini ", Taslam cuba menipu untuk mengumpan Lelaki itu supaya membawa nya keluar dari Hutan ini seperti yang telah dipesan oleh Tengku Sidik.
" Ini Hutan tebal , memakan masa 7 hari nak keluar , aku pun tak faham macam mana kau boleh ada kat sini , tidak apa la macam tu , aku pun nak balik ni , kita balik sama - sama , nama aku Ismail , panggil je mail ", senyum Mail .
" Terima kasih Mail kerana sudi menolong patik disini ", Taslam terharu dengan sifat baik Ismail .
" apa pun kita kene bermalam disini juga , esok pagi selepas subuh kita bergerak pulang ", kata Mail.
" Baiklah Mail ", Jawab Taslam.
Pada Waktu Malam selepas Solat Isyak , meraka berdua duduk berbual sambil kaki direndam di Kawasan Air terjun itu .
" Kau tak payah menipu aku , aku tahu siapa kau ", Sindir Mail kepada Taslam.
" Maafkan Patik kerana cuba menipu Tuan Hamba , Patik cuma mahu keluar dari Hutan ini sahaja ", tunduk Taslam setelah disindir oleh mail.
" Takde apa la , aku paham , dah banyak orang sana datang kat alam nie nak tengok alam sini macam mana , nanti aku tolong bawak kau keluar , nanti kau kene biasakan cakap macam bahasa di alam sini , jangan nak berpatik tuan hamba bagai nanti orang ingat kau pelik ", senyum mail melihat Taslam.
" baiklah patik akan cuba ", balas Taslam.
Tiba - tiba kaki Mail ditarik kedalam Air oleh sesuatu . Lantas Mail Hilang disebalik deruan air itu. Taslam tidak berdiam diri , lantas menghentak tumit kaki ke tanah dan muncul seluruh makhluk makhluk keluar dari tempat persembunyian .
" Aku Putera Kerajaan Hulu Kemboja Mewangi ! , jangan diduga anak putera raja nanti maut galang gantinya ! ", Jerit Taslam kepada makhluk makhluk tersebut kerana cuba menyembunyikan Mail.
" Ampun beribu ampun Tengku Harimau , Tuan Hamba cuba mahu bermain dengan Beliau , Tuan hamba tidak mengecam Kehadiran Tengku Harimau disitu ", kata Budak Bertaring itu setelah muncul dari sungai .
" Pulangkan balik sahabat ku , jika tidak kamu binasa !!! ", Jerit Taslam kepada Budak bertaring itu .
Lantas Mail timbul disebalik permukaan air sungai itu , dan Budak Bertaring itu membawa Mail ke hadapan Taslam . Lanta
s dia Ghaib setelah menyelam ke sungai itu semula.
" Pulang semula ke tempat kamu , Jangan ada yang mahu menduga lagi , hormati Sahabat patik ", perintah Taslam ke arah makhluk makhluk itu . Kemudian , Taslam menghentak kaki ketanah tiga kali lantas makhluk makhluk itu ghaib setelah diperintah oleb Taslam. Lantas Mail bangun menyedarkan diri dan tercungap cungap tidak cukup nafas .
" Tidak ada apa apa sahabat , cuma anak puaka mahu bergurau ", Senyum Taslam.
" Mujur ada kau , kalau tidak mati lemas aku dibuatnya , terima kasih taslam ", Kata Mail.
" tidak mengapa sahabat , ayuh kita beradu sahabat ", Cadang Taslam.
" Baiklah Taslam ", jawab Mail.
Setelah 7 hari perjalanan keluar dari Hutan bersama Mail . Mereka berjaya sampai ke Sebuah kawasan Rekreasi . Setelah itu , Mail mengajak Taslam untuk bermalam di rumahnya yang tidak jauh dari situ.
BERSAMBUNG.....
Friday, 18 November 2016
KEMBOJA ( DENDAM) 4
KEMBOJA ( DENDAM) 4
"Ayuh tuanku , kita perlu segera pulang ke Istana Dihulu ", Minta Panglima Misai.
"Baiklah Panglima , kita segera pulang ke sana , urusan Beta disini sudah selesai ", Balas Husaini.
Tiba-tiba Semak yang tidak jauh dari Tempat mereka berpijak seperti bergerak gerak seolah olah ada makhluk yang menghampiri mereka. Lalu muncul Sesosok Harimau Kuning Keemasan menghampiri mereka . Lalu Husaini terus memasang langkah untuk menyerang harimau tersebut lantas dihalang Panglima Misai .
"Jangan khuatir Tuanku , Ini Harimau Milik Sultan Merah ", Kata Panglima .
" Lain kali datang lah dengan beradab , jangan bertemu beta lagi kalau hadir dengan cara begitu ", Seloroh Husaini kepada Harimau itu seolah olah Harimau itu memahami kata kata nya.
" Ampun beribu ribu ampun Tuanku kerana Sikap Kurang Ajar Tuan Hamba ini , Hukum lah Tuan Hamba untuk membalas kebiadapan tuan hamba , Tuan Hamba sanggup menerimanya demi tuanku ", Kata Harimau itu kepada Husaini sambil menunduk menandakan kekesalannya.
" Beta sangka kan Harimau Tidak boleh berkata kata , tetapi yang ini boleh berkata kata , Tidak mengapa Sang Belang , Beta cuma Terkejut dengan Kehadiran Tuan Hamba yang datang menyelinap disebalik semak itu sahaja ", Balas Husaini.
" Di dunia ini tiada perkara yang mustahil jika diperkenankan Oleh Allah S.W.T , Ampun kan Tuan Hamba Tuanku , Tunggang lah Tuan Hamba , Tuan Hamba bawa beta ke sana dengan segera ", kata Sang Belang itu , lalu Husaini menunggang Nya .
Lalu Mereka pun bergerak ke istana dengan segera , lantas di pintu gerbang , Husaini disambut Panglima Janggut iaitu Ketua Angkatan Tentera Berkuda Kerajaan Kemboja .
" Ampun beribu ampun Tuanku , Sultan Kidir bersama 7 juta angkatan Hantu Raya dari Kerajaan Bisik Telah menyerang Kerajaan Kemboja Dihulu , Angakatan Tentera Istana sedang bertahan di Sempadan untuk menghalang Serangan Sultan Kidir , Ampun beribu ampun Tuanku penyambutan Tuan hamba ini menyampaikan khabar buruk ", sembah Panglima Janggut.
" Astagfirullahalazim , Masyaallah! , Bagaimana keadaan Permaisuri beta dan putera beta ? ", Gelisah Husaini.
" Puteri Kesuma Selamat bersama Putera Singa Di Istana Tengah , Pendekar Kepercayaan Tuan Hamba sedang giat mengawal ketat di Istana ", Balas Panglima Janggut sambil mengangkat sembah.
" Ayuh kita ke istana , mari kita rancang langkah seterusnya " , Perintah Husaini.
Setibanya Dia di Istana , Husaini terus memeluk isteri dan anaknya , mereka kelihatan sangat gelisah dengan keadaan huru hara yang berlaku Dihulu. Lalu Husaini meminta supaya Kerabat Diraja Kemboja termasuk isteri dan anaknya berkumpul di Balai Rung Istana.
" Bagaimana Sultan Kidir boleh bekerjasama dengan Kerajaan Bisik ? , kenapa Sultan Kidir menyerang Kerajaan Beta ? " Tegas Husaini.
Semua Di Balai Rung tidak berani memberikan apa apa jawapan kerana mereka juga buntu seperti Husaini.
" Ampun beribu ampun Tuanku , Tuan Hamba Mahu menyuarakan pendapat tuan hamba ", Sembah Panglima Misai.
" Silakan Panglima " balas Husaini.
" Tuan hamba mencadangkan Tuanku mengumumkan Darurat di Kerajan Kemboja Dihulu dan kita akan bergerak kesana untuk berunding dengan Sultan Kidir supaya menghentikan serangan kerna Sultan Kidir dan Tuanku merupakan Sebangsa ", sembah Panglima Misai
" Baiklah Beta perkenan kan pendapat Tuan hamba , Biar Pangima Misai dan Sang Belang menemani beta untuk berunding di sempadan , Panglima Janggut mengawal di Istana Tengah , Bawakan Pemegang Cop Mohor Kebesaran Kerajaan Kemboja Dan 300 Merpati Pembawa berita kerana beta mahu mengistiharkan Darurat di Kerajaan Hulu Kemboja " , Perintah Husaini kepada Pembesar pembesar.
Lantas Semua pembesar bergerak melakukan tugas , Kawalan Di istana kian ketat dengan dijaga Pendekar Kepercayaan Panglima Janggut , Pengistiharan Darurat Telah Dilaksanakan , 300 Burung Merpati telah melaksanakan tugas menyampaikan berita darurat di seluruh Kawasan Kerajaan Hulu Kemboja , Husaini bersama Panglima Misai dan Sang Belang berangkat ke Sempadan untuk berunding .
Setiba Husaini sampai di Kubu pertahanan di Sempadan Kerajaan Hulu Kemboja , Husaini Disambut oleh Panglima Hitam , Panglima Merah dan Panglima Kuning .
" Ampun beribu ampun Tuanku , Keadaan Di sempadan masih terkawal dan Angkatan Sultan Kidir Sedang merancang Untuk serangan yang seterusnya , Hanya 90 Tentera Kita sahaja yang Cedera dan sedang disembuh dengan Batu Kecubung Bidara dan akan mengambil masa untuk mereka bersedia bertempur , Tuan Hamba bersama Panglima Kuning dan Panglima Merah akan Berusaha mengawal di sempadan untuk menyekat Kemaraan Angkatan Sultan Kidir ", sembah Panglima Hitam.
" Baiklah Panglima , Pada naiknya Fajar nanti beta mahu berunding bersama Sultan Kidir , sampai khabar rundingan ini kepada Sultan Kidir " perintah Husaini dan panglima mengangkat sembah tanda setuju.
Pada Keesokan Paginya , Husaini bertemu Dengan Sultan Kidir sambil ditemani pengawal masing-masing. Dibelakang Husaini telah bersedia 500 angakatan Tentera Kemboja Dihulu bersama 3 Panglima Ulung Kerajaaan Dihulu Kemboja iaitu Panglima Hitam , Panglima Merah dan Panglima Kuning. Dibelakang Sultan Kidir juga telah bersedia nya 7 juta angkatan Hantu raya Kerajaan Bisik yang kehausan darah kematian sejak lama tidak bertempur .
" Assalamualaikum Pak Kidir ? " Seloroh Husaini . Tetapi salam nya tidak dibalas oleh Pak Kidir.
" Pak Kidir , kenapa menyerang kawasan saya sampai huru hara jadinya , apa salah saya ? " Kata Husaini yang kesal dengan perbuatan Pak Kidir.
Lalu Pak kidir meludah kedepan Husaini tetapi tidak sampai ke Husaini dan Panglima Misai Terus mahu menghunuskan Keris nya kerana marah dengan sifat kurang ajar Pak Kidir tetapi dihalang Husaini dan Panglima Misai mengangkat Sembah Memohon Maaf.
" HAHAHAHA , sampai bila kau nak jadi Hamba abdi dekat budak nie misai " ejek Pak Kidir kepada Panglima Misai tetapi Panglima Misai hanya pendam didalam hati .
" Aku taknak berunding dengan kau budak , aku nak kerajaaan kau hancur , dah lama aku rancang semua ini , aku nak anak bini kau mati , Sultan merah bodoh tu pun patut dah lama mati kena bunuh tapi aku tunggu masa yang sesuai untuk bunuh dia ! " Marah Pak Kidir kepada Husaini.
Terduduk Husaini apabila mendengar kata kata Pak kidir.
" jadi Pak kidir yang bunuh Ayahanda ?! , kenapa pak kidir tergamak membunuhnya sedangkan dia ayah mertua pak kidir ?! ", Tempelak Husaini kerana tidak dapat menahan marah.
" bukan ayah mertua bunian kau tu je aku bunuh tapi mak bapak kau sekali aku hantar dua ekor nie untuk bunuh depa ", ejek Pak kidir lalu muncul Mahkluk Hitam dan Perempuan Bercangkung di Hadapan Rumahnya pada tempoh hari saat Husaini di rumah .
" Bangsat ! Kau memang tak berhati perut ! Aku hormat kau selama ini tetapi kau buat aku macam sampah ! , kau bunuh keluarga aku ! , apa kau nak sebenarnya ?! " jerkah Husaini yang tidak dapat menahan amarahnya .
Panglima Misai mengengam keris nya dengan penuh kemas , mata nya merah dan berair menahan amarah kerana mengetahui orang yang dia Sanjung selama ini sebenarnya membunuh Sultan Merah Kemboja Mewangi.
" siapa yang sampah sebenarnya ?! , kau nie tak sepatut pun jadi sultan kat alam bunian nie apatah lagi nak kahwin dengan puteri tu , Sultan Merah tu dah lama cari pasal dengan aku , dah tua nak mampus masih gila kuasa , aku dah lama berdendam dengan dia dan seluruh kaum bunian ! , orang bunian tak habis habis menyusahkan aku dari dulu , habis semua anak anak setan aku mati sebab dia , aku dah lama rancang bende nie , aku jumpa Raja ifrit di Kerajaan Bisik untuk terus menyerang Kemboja dan Menyimpan 7 juta ekor Hantu raya . dan aku mulakan berlakon seolah olah aku nie penyelamat Kerajaan Kemboja , dan sebenarnya aku tak bunuh pun hantu raya tu , aku simpan setan setan nie dalam Tumit aku , aku mula masuk campur Kerajaan Kemboja dan minta habuan , dan Puteri Kesuma tu sepatutnya Isteri aku tetapi aku dapat Puteri Jiwa , dan aku berdendam dengan kau sebab kau dah ambik milik aku yang sepatutnya jadi milik aku , dan sepatutnya Aku naik Takhta Agong Kerajaan Kemboja bukannya Kau tetapi sebelum kau ditabalkan , aku nak hancurkan Kemboja , aku pun hairan kenapa Sultan Merah ambik kau , kau nie kosong jer Budak! ", ejek Pak Kidir
" Aku akan pertahankan Kerajaan ini , aku akan pertahankan Hak aku , aku akan pertahankan maruah aku dan aku akan menuntut bela darah yang dah kau bunuh ! ", Jerit Husaini.
Lalu Husaini beredar disitu untuk mempersiapkan serangan kerana rundingan yang cuba dibuat tidak berjaya sebaliknya Kebenaran terungkap dan dia amat berdendam dengan Pak Kidir kerana membunuh orang yang dia sayang .
" Ampun beribu ampun Tuanku , Tuan Hamba mencadangkan Tuanku Pulang ke Istana Tengah dan Tuan hamba akan mengetuai angkatan ini dan Tuan Hamba akan memberi khabar berita yang baik kepada Tuanku ", Sembah Panglima Hitam.
" Baiklah Panglim Hitam , Kamu ketuai angkatan disini , beta akan merancang langkah seterusnya dan bantuan dari Kemboja Tengah akan tiba , Semoga Kamu diberkati Allah S.W.T dan diberi pertolongan dariNya ", Ucap Husaini , dan dia berangkat ke Istana Tengah . Husaini menyerahkan Kuasa mengetuai angkatan Tentera Kemboja kepada Panglima Hitam kerana dia tidak mengetahui selok belok dalam medan petempuran dan tidak tahu untuk berpencak atau berlawan di medan peperangan dan oleh sebab itu , dia melantik Panglima Hitam mengetuai tenteranya.
Setibanya pulang ke Istana Tengah , Husaini mendapat berita buruk bahawa Panglima Merah terkorban di medan peperangan . Dan dengan segera Husaini memikirkan cara untuk menyelamatkan Kerajaannya dari dihancurkan oleh Dendam Pak Kidir. Lalu Husaini mengadakan Solat Hajat selama 7 Malam di Istana Tengah bersama Kerabat Diraja dan Pembesar untuk memohon petunjuk dan diberi pertolongan kepada angkatan tenteranya yang masih berjuang di medan peperangan . Dengan berkat Solat Hajat , Husaini diberi ilham untuk menangani Pak Kidir . Lalu Husaini memangil Pembesar Kemboja untuk mengatur langkah .
" Beta mahu kamu semua mencari guru - guru ghaib yang telah mengajar Sultan Kidir untuk mengadap ku dan beta mahu hantar angkatan tentara dari kerajaan Dihilir yang pernah ditadbir Sultan Kidir ke sempadan bagi membantu panglima hitam dan panglima kuning dan Seru Puteri Jiwa untuk bertemu dengan ku " Perintah Husaini.
Setelah Puteri Jiwa berjaya diseru setelah Berkecil hati dengan musibah yang menimpanya , dia bekerjasama dengan Husaini untuk memerangi bekas suaminya , dan Hasil muafakat perbincangan semua Pembesar kerajaan Kemboja selama 7 hari 7 malam , Puteri Jiwa Menjadi Ratu Di Kerajaan Dihilir mengantikan bekas suaminya dan gelaran nya ditukar kan kepada Ratu Seri Jiwa Kemboja Mewangi . Maka Husaini berjaya mengukuhkan Kekuatan Kerajaan Kemboja .
Setelah Semua Guru guru yang pernah mengajar Pak Kidir dikumpulkan untuk mengadap Husaini di Balai Rung Istana Tengah . Husaini berjaya mendapat kerjasama dari guru guru nya yang terdiri dari Wali - Wali ghaib dan Panglima Kerajaan Bunian yang lain untuk berperang di sempadan bersama angkatan Tentera Panglima Hitam di sempadan.
Dengan izin Allah , angkatan Hantu raya Pak Kidir berjaya Dihancurkan dengan berkat pertolongan Allah S.W.T . Tetapi Pak Kidir Berjaya melarikan diri ke Kerajaan Bisik untuk mendapatkan perlindungan dari Raja ifrit.
Setelah setahun Peperangan Sempadan Hulu Kemboja Tamat , Ratu Seri Jiwa Kemboja Mewangi Menjadi Ratu Seri Agong Jiwa Kemboja Mewangi yang mentadbir Kerajaan Kemboja Di Tengah yang mengantikan Tempat Ayahandanya Iaitu Sultan Agong Merah Kemboja Mewangi yang mangkat kerana dibunuh oleh Pak Kidir .
Kerajaan Dihilir ditabir oleh Panglima Misai dan mendapat gelaran Sultan Merah II Kemboja Mewangi . Panglima Misai dipilih kerana beliau adalah Sepupu Sultan Merah I dan selayaknya menjadi Sultan Dihilir hasil persetujuan Kaum Kerabat Kemboja .
" Assalamualaikum warahmatullah kanda ", Puteri Kesuma menyambut Husaini di Pintu Gerbang Istana Suasa yang terukir Ukiran Bunga Kemboja dan sarat dengan motif motif bunga bungaan lain.
" Waalaikummusalam warahmatullah dinda ", balas Husaini sambil menghulurkan tangan untuk dicium oleh Isterinya.
Tiba-tiba Puteri Kesuma menarik tangan Husaini ke Istana Tengah dengan Sekelip mata. Penyambut Tetamu Istana mahu mengistiharkan kehadiran Husaini dan Puteri Kesuma tetapi dihalang oleh Puteri Kesuma kerana beliau hanya mahu ziarah Taman Bunga Kemboja Istana Sahaja. Lalu Penyambut Istana mengangkat sembah dan dibalas Husaini dan Puteri Kesuma. Lalu sekali lagi tangan Husaini ditarik oleh Puteri Kesuma ke Taman Bunga Kemboja Istana .
" Kanda ingat tempat ini ? " , sambil memeluk tangan Husaini .
" Semesti kanda ingat tentang tempat ini wahai permaisuri beta ", balas Husaini sambil mencuit Hidung Puteri Kesuma yang mancung itu.
" Jika bukan kerana tempat ini tidak dibinasakan oleh kanda dahulu , mesti kita tidak bertemu ", senyum Puteri Kesuma kepada Husaini .
" Benar juga kata dinda , apa hajat dinda bawa kanda kesini ?" Tanya Husaini yang kebingungan dengan scene romantik yang berlaku terhadap dirinya.
" dinda mahu memberi khabar berita baik kepada kanda ", sambil berlari ke tepi kolam pancut yang di atas Kolam itu tersergam indah Lambang Jata Kerajaan Kemboja yang diperbuat daripada Emas dan berlian. Lalu Husaini mendapatkan Isterinya yang duduk bermain air ditepi kolam itu .
" khabarkan berita baik itu kepada kanda wahai si permaisuriku ", Tanya Husaini.
" Baiklah kanda , Yang sebenarnya dinda berbadan dua lagi ", Sambil menyalam tangan Husaini. Lalu Husaini Menangis Kerana Gembira mendengar khabar beritu itu .
" Kanda akan berjanji akan menjaga dinda dengan baik malah Kerajaan Kemboja juga ", terus Husaini memeluk Isterinya itu .
" Terima Kasih Kanda menjaga Dinda dan Kerajaan ini , Semoga Allah S.W.T memberi keberkatan kepada kita dan kerajaan ini ", balas Puteri Kesuma.
----------------------------------------------------------------------
Di sebuah Istana yang terletak di 1500 Batu Di Timur Kerajaa Kemboja. Sekumpulan Jin berkumpul di Balai Rung Istana melakukan Ritual Penyembahan . Satu Sosok Gergasi yang tinggi 455 meter itu duduk tersergam di Singgahsana Yang diperbuat daripada Tulang belulang manusia dan kadang kala mengeluarkan bau hanyir nanah . Sosok Gergasi itu melihat Hamba hambanya duduk memuja melakukan penyembahan kepadanya.
" Jasad ku bukan disini tetapi jiwa ku disini ", menyeringai Pak Kidir membaca mantera pemujaan dihadapan Raja Ifrit.
" Sembah kepada ku manusia , aku akan kabul permintaan mu ", Balas Raja Ifrit sambil lidah nya menjalar menjilat muka Pak Kidir.
" Ampun Tuanku Raja Segala Raja Jin , aku mohon kau lunaskan Dendam ku " , Minta Pak Kidir yang badan nya sudah timbul nanah kekufuran akibat pemujaan nya.
" Baiklah Hamba ku , aku akan perkenankan ", balas Raja Ifrit sambil ketawa terbahak bahak melihat Pak Kidir memperhambakan diri kepadanya.
Lalu Perut Pak Kidir tiba-tiba Ditusuk Kujang Raja Ifrit dan Pak Kidir lalu tersungkur di kaki Raja Ifrit sambil memegang perutnya yang telah ditusuk lantas badan nya terbakar sehingga badan nya hitam . Nanah yang timbul itu pecah dan mengeluarkan Darah Hitam yang pekat.
" Sembah lah kepada ku wahai hamba hamba ku!!!!! ", jerit Raja Ifrit kepada seluruh pembesarnya dan semua menyembah nya .
TAMAT
Thursday, 10 November 2016
KEMBOJA ( MATI ) 3
Setelah 6 bulan dia memerintah kawasan itu...Selama 6 bulan dia berulang alik dari Alam manusia ke Alam ghaib...Husaini ditimpa perkara sedih....Hidupnya di timpa kesedihan yang amat sangat...Lebih-lebih lagi puteri kesuma kerana hilangnya orang yang dia amat sayang dan hormat...Ayahnya ( Sultan Merah) telah ditemui wafat...Perkara itu menggemparkan seluruh isi perut kerajaaan kemboja. Kewafatan ayah mertua nya itu menengelamkan suasana di seluruh Alam Kerajaan Kemboja serta jajahan naungannya . Husaini sangat terkilan dengan Kewafatan ayah mertuanya itu kerana punca kematiannya disyaki dibunuh dengan cara terkutuk iaitu dengan semangat ILMU IBLIS. Seluruh Bala tentera dikerah mengawal sempadan Kerajaan Kemboja malah Istana dikawal ketat oleh Bala tentera yang diketuai Panglima Misai .
Setelah Adat istiadat Pengebumian Sultan Merah Kemboja Mewangi dijalankan dengan penuh beradat dan Seluruh alam Kerajaan dan Kerabat berkabung selama 33 hari . Maka seluruh Kerabat Kerajaan Kemboja berkumpul untuk membincangkan siapa yang layak mewarisi takhta Raja Di tengah yakni Raja Agong Kerajaan Kemboja.
"Ampun beribu- ribu ampun Tuanku , Mengikut adat istiadat Kerajaan Kemboja , Takhta Raja Di tengah boleh disandang oleh dua orang Raja iaitu Raja Dihilir yang dipangku oleh Raja Dihilir Sultan Kidir Kemboja Mewangi dan Raja Dihulu iaitu Raja Dihulu Sultan Husaini Taslim Kemboj Mewangi . Maka selayaknya Tuan hamba mencadangkan Raja Dihilir yang memangku Jawatan Raja Ditengah kerana Raja Ditengah berjiwa rakyat dan bijak mengurus tampuk pemerintahan di jajahan Hulu kemboja Mewangi , Ampun beribu ampun ", Sembah Panglima Misai kepada Raja Dihulu dan Dihilir sambil mencadangkan nya dihadapan Kerabat Di Singgahsana itu .
" Kau ingat aku di Hilir tu tak buat kerja ?! ", Murka Pak Kidir kepada Panglima Misai
Husaini mengelengkan kepala tanda menyesali Perbuatan Pak Kidir yang melanggar Batas pergaulan di Istana.
"Ampun beribu ampun Tuanku Raja Di Hilir , Bukan Maksud Patik begitu tetapi itu hanya cadangan patik sahaja tetapi selayaknya Tuanku Raja Dihulu yang menyandang , ampun beribu ampun ", Sembah Panglima Misai kepada Raja Dihilir.
"Apakah tak layaknya aku untuk memangku jawatan itu sedangkan budak ini tidak selayaknya memangku jawatan Raja Dihulu pun apatah lagi Raja Ditengah !!!", mengamuk Pak kidir Di dalam Istana
Puteri Jiwa Kemboja amat kecewa dengan Sikap Suaminya yang Baran di dalam Istana kerana cadangan Panglima Misai itu lalu Puteri meninggalkan Singgahsana dengan perlahan lahan sambil mengangkat sembah kepada Pak kidir dan Husaini lalu hanya Husaini sahaja yang membalas sembahan itu . Suasana di istana amat genting kerana Sikap Pak kidir yang baran itu dan Husaini hanya mendiamkan diri.
" Ampun beribu ampun Tuanku , Ampunkan Patik kerana membawa murka kepada Raja Dihilir tetapi Hasil permuafakatan Seluruh Kerabat dan Kerajaan Kemboja Mewangi Bersetuju untuk Menjadikan Raja Dihulu menyambung Jawatan Raja Ditengah . Perkara ini telah lama Dibincangkan semasa Perkabungan Sultan Merah Kemboja Mewangi semasa ketiadaan Tuanku ", sembah Panglima Misai .
"Dasar bunian derhaka , cuba merendahkan aku dihadapan budak hingusan ini , tidak sedarkah sumbangan yang aku sudah berikan kepada Kerajaan ini ! Celaka Kamu Bunian ! ", jerit Pak Kidir sehingga Suaranya Bergema Diseluruh Istana kerana Kemurkaannya.
Lalu Pak Kidir membuang Keris kebesarannya yang tersisip di Pinggang nya dan menanggalkan Cincin Permata Kayangan lalu dipijak nya dengan hina .
" Aku Kidir Sulaiman Bin Boestaman letak jawatan sebagai Raja Dihilir !!! Aku Ceraikan Puteri Jiwa Kemboja Mewangi dengan Talak 3 !!! , aku sudah tidak sanggup dipijak hina oleh bunian celaka ini ", Jerit Pak Kidir
Seluruh Alam Kemboja Terkejut , Singa- Singa Kerajaan Kemboja mengaum menandakan Kekesalan , Kerabat Diraja dan pembesar Semua mengelengkan kepala dan Puteri Jiwa kemboja menangis dengan tindakan Suaminya itu yang melulu itu . Lalu Pak Kidir meninggalkan Singgahsana dan Terus meninggalkan Alam Bunian .
" Beta mohon perbincangan ini ditangguhkan pada hari yang lain...Biar keadaan ini reda dahulu ", Titah Husaini didalam Istana.
Lalu Husaini beredar Dari istana dan Pulang ke Istana Suasa nya di Jajahan Hulu sambil ditemani Isteri tercintanya Puteri Kesuma Kemboja .
" Dinda rasa geram dengan perlakuan Sultan Kidir merendah rendahkan Kaum Bunian dan Mengecewakan Hati Puteri Jiwa Kemboja . Itu satu perbuatan terkutuk yang pernah disaksikan dinda . Moga beliau diterima hidayah dan menyesali perbuatan itu ", Mengadu Puteri Kemboja kepada Suaminya .
" Biarkan dia dinda , Sikap barannya amat terkenal di alam manusia lagi...dinda jangan bimbang biar kanda memujuk beliau untuk kembali memerintah Di Hilir tanpa Beliau Kemboja mesti merasa kehilangan ", pujuk Husaini.
" Kemboja takkan Merasa kehilangan nya kerana jarang beliau singgah disini untuk jalankan tanggungjawab nya malah Kerajaan Dihilir sebenarnya diurus oleh Puteri Jiwa semasa Ketiadaannya , jika 11 tahun yang lepas tidak berlaku...mesti Puteri Jiwa dinikahi oleh Panglima Sedili iaitu Putera Kerajaan Bidara Seri Mekar tetapi kerana Jasa Sultan Kidir berjaya menyelamatkan Kerajaan Kemboja dari serangan Bala tentera Hantu Raya Kerajaan Bisik maka tidak dinikahi lah Puteri Jiwa dengan Putera Sedili " , Merungut Puteri Kesuma.
" Serangan Hantu raya ? , Setahu kanda Kerajaan ini tiada musuh di serantau ini . Adakah ada kisah yang tidak diceritakan kepada kanda ?" Husaini cuba mengorek rahsia dari Puteri Kesuma .
" Banyak Rahsia yang belum diceritakan kepada Kanda tetapi Kerana kemangkatan Sultan Merah maka Tiada kesempatan untuk menceritakannya ", balas Puteri Kesuma sambil mencubit hidung suaminya itu lalu Husiani tersenyum dengan tindakan Isterinya itu.
KISAHNYA BERMULA BEGINI , Pak Kidir dahulu sama sahaja seperti kanda iaitu seorang manusia biasa tetapi beliau mempunyai kelebihan dari segi Ilmunya . Beliau telah menuntut Ilmu dengan Banyak Panglima Di Alam Bunian Seperti Panglima Haji Sebara , Panglima Titiwangsa , Panglima Tabur , Wali Kajang , Wali Gersik dan ramai lagi. Kerana ilmu nya itu memudahkan beliau untuk Berkuasa dan berjalan di Alam ini . Ketika Kerajaan Kemboja Berperang dengan Kerajaan Bisik , Sultan Merah telah meminta Pertolongan Pak Kidir untuk memerangi Bala tentera Hantu Raya Kerajaan Bisik tetapi Pak kidir mengena kan 3 syarat iaitu yang pertama Dia mahu memperisterikan Dinda , yang kedua dia mahu menjadi Raja Dihilir Kerajaan Kemboja Mewangi , yang ketiga dia mahu cincin milik Sultan Merah iaitu Cincin Permata Kayangan . Tetapi syarat itu amat berat buat Sultan Merah . Dengan Pertolongan Panglima Misai...Sultan Merah Bersetuju mengambil syarat tersebut dengan syarat Pak kidir mengahwini Puteri Jiwa kerana dinda pada ketika itu masih Kecil , selain itu pak kidir boleh menyandang jawatan itu jika dapat mengalahkan Kerajaan Bisik dan yang terakhir Cincin Permata Kayangan akan diberikan kepada Pak Kidir setelah Berjaya Menumpaskan Bala Tentera Hantu Raya tersebut. Lalu Pak Kidir bersetuju dengan syarat Balas itu...Maka Bersiaplah Pak Kidir bersama Panglima Misai untuk mengetua angkatan Tentera Kemboja Mewangi . Panglima Misai mengetuai 300 Ketumbukan Angkatan tentera di Sempadan Utara Kemboja Mewangi dan Pak kidir Mengetuai hanya Seramai 10 orang sahaja yang terdiri dari rakan rakan nya dari Alam manusia. Ketika Pertempuran itu berlangsung , Rakan-rakannya telah tewas dan hanya tinggal Pak kidir seorang...Tetapi Hasil Ilmu Hikmah yang dipelajarinya , beliau berjaya menewaskan semua Bala tentera dari Kerajaan Bisik. Sejak itu beliau menjadi sebahagian Kerabat Diraja Kemboja Mewangi hasil perkahwinan Beliau dengan Puteri jiwa .
" begitu ceritanya , sangat mengasyikkan kisah itu ", balas Husaini dengan Teruja.
" Tetapi Pak kidir sangat biadap dengan Sultan Merah dan Pembesar ", Geram Puteri Kesuma.
" Di alam sana , Pak Kidir begitu keras kepala ", bilang Husaini . " esok kanda akan berangkat pulang ke alam sana untuk memujuk Beliau ," balasnya lagi.
" Baiklah Kanda , Semoga Perjalanan Kanda diberkati Tuhan ", sambut Puteri.
Pada Keesokkannya , Husaini menembusi pulang ke Alam Manusia .Lalu Dia pergi ke Sebuah Pokok Besar yang berhampiran lalu mengambil Beg yang tersorok di sebalik Pokok itu dan Husaini Mengambil jam di dalam beg itu .
" Dah 3 minggu aku tak balik ...Mesti buya risau " monolog Husaini...
Setiba beberapa langkah dari Semak yang pernah ditebas nya itu , Tiba - tiba kedengaran bacaan yasin bergema dari dalam rumah. Lalu Husaini Kehairanan dan terus berdegup kencang dan berlari sambil memanggil ibu dan ayahnya ke arah rumah nya.
Lalu Husaini tiba-tiba ditahan Wak Erman .
" Engkau kemana budak tiga minggu tak balik balik ", Tanya Wak Erman.
" Saya baru balik kerja di Kemaman Wak ", balas husaini
" Aku harap kau tabah , mak ayah kau meninggal subuh tadi ...aku rasa elok kau imam kan solat nanti untuk mak ayah kau ", sayu Wak Erman sambil memeluk husaini
Lalu Husaini Menitis air mata jantan nya kerana kehilangan kedua ibu bapa nya yang tersayang . Kepulangan dia disambut dengan berita yang menyedihkan. Solat Jenazah dia imamkan seperti kehendak Wak Erman dan Urusan pengebumian berjalan dengan lancar. Setelah itu , sunyi lah seisi rumah tanpa ibu bapanya , tiada lagi telatah ibu bapanya ...kehilangan ibu bapanya memberi kesan yang mendalam kepada Husaini ...Pada masa yang sama beliau kehilangan Ayah mertuanya.
" Wak...apa sebab buya dengan umi meninggal? " , tanya Husaini kepada Wak Erman yang sedang mengulung Rokok daun yang berisi Tembakau Tasek.
" hmmmm , ada orang dengki dengan mak ayah kau ", Balas Wak.
" Siapa pulak dengki nie Wak ? ", Tanya balas husaini.
" ntah laa Husaini , mak ayah kau Kene buatan orang ..2 minggu terlantar sakit dalam rumah , aku minta Tolong Pak Kidir haram nak ade dalam rumah ", balas Wak.
" Kenapa tak call saya wak ?", kata husaini .
" Kejadah ape nak call kau , Telefon kau tu elok buang dalam jamban ...aku call banyak kali dahh...kau tu hilang kemana ?! ", marah Wak Erman.
" maafkan saya Wak sibuk bekerja sampai lupa tanggungjawab dekat sini ", tunduk Husaini.
Pada Malam itu , ketika Husaini bersendirian di dalam Rumah nya Tiba - tiba rumah nya seperti bergegar . Lalu husaini berpaut di sofa rumahnya . Lalu Husaini membaca beberapa ayat dan menghembus ke pintu rumah dengan pertolongan dari Allah...Gegaran itu hilang secara beransuran...
" Celaka ! ",
Husaini terkejut dengan jeritan itu lalu ke luar rumah ...alangkah terkejutnye beliau melihat Satu sosok lembaga perempuan mencangkung di hadapan rumahnya sambil menjilat tubuh badannya sendiri yang berkudis dan mengerutu.
" AKU NAK KAU MATI ", jerit lembaga itu.
Tiba - tiba Panglima Misai datang menyambar makhluk itu dan memenggal kepalanya .
" PANGLIMA !" jerit Husaini.
Tetibe panglima jatuh tersungkur apabila Satu lagi lembaga Hitam datang menyerang nya dari arah belakang. Kepala lembaga yang dipenggal tadi telah bercantum semula setelah Lembaga hitam itu membaca sesuatu .
" Jasad ku bukan disini , Tetapi Jiwa ku disini !!!" Menyeringai Lembaga perempuan itu setelah kepalanya bercantum.
Lalu Kedua mahkluk misteri itu ghaib setelah kabus hitam mengelilingi nya.
Sambung part 4
Wednesday, 2 November 2016
Uji Nyali Pertama Bersama WPT di Rumah Misteri Puncak Alam 2
2 oktober 2016
Ini pengalaman pertama aku join aktiviti wpt jadi volunteer . Jadi perasaan aku bercampur baur masa tu , rasa teruja , rasa berdebar dan macam-macam. Aku bertolak dari rumah pukul 5.30 petang dan sampai ke lokasi kajian pada pukul 11.30 malam tak silap aku. Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari kereta , terus aku berdiri kaku sejenak tengok keadaan rumah dari luar pagar . Orang sekeliling aku pun berdiri kaku sejenak seperti melihat keputusan spm yang terpampang di depan rumah tu. Selepas itu, kami pergi ke salah satu rumah jiran yang terdekat untuk mendapatkan sedikit info tentang rumah tersebut. Hasil info dari sembang pagar tu (sebab sembang kat pagar ) , didapati konon nya rumah itu berpenghuni dan ade la sedikit penampakan yang dilihat oleh jiran2 sekitar. Kemudian kami semua masuk ke rumah tersebut , apa yang aku lihat rumah tu tidak la besar mana tapi kalau duk sorang sorang boleh jadi seram jugak hehe. Perasaan aku melangkah masuk ke rumah tersebut xde la yang pelik sangat cuma semasa di tingkat atas aku rasa seram sejuk skit kerana merasai kehadirannya di tingkat atas ... Pukul 2.30 pagi ( tak silap aku ) Tiba masanya aku ditinggalkan sorang2 didalam rumah itu . Kali nie aku dibekalkan bola dan kerusi , tujuannya untuk mengarah hantu di rumah tu untuk mengerakkan barang tersebut kerana dipercayai banyak aktiviti barang dialih atau digerakkan . Selepas livestreaming bermula , lampu ditutup dan semua orang keluar dari rumah tersebut maka bermula la kajian . Pada sepuluh minit awal kajian , aku dengar seperti orang mengibas langsir di bilik belakang tingkat atas . Bunyi nya memang kuat , ianya seakan akan bunyi mak sidai kain baju kat luar rumah pagi2 hehe...kemudian , kajian tentang kerusi dan bola tu seperti tiada reaksi dari penghuni ghaib di rumah tersebut malah aku juga ada mengarahkan penghuni dirumah itu untuk mengerakkan langsir di bilik utama tetapi hambar jua kerana tiada respon darinya.. Selepas setengah jam menjalani sesi uji nyali , aq telah di call oleh admin wpt supaya duduk diam2 selama 10 minit dan mencabar penghuni di rumah tersebut . Arahan itu telah ku sambut dengan kemas dan terus melakukannya seperti yang diarahkan . Selama 10 minit aku mengkaku kan diri , aq terdengar bunyi seperti orang berjalan di atas bumbung . Bunyi nye amat kerap dan bunyi nya akan kuat setelah aku mencabar penghuni ghaib dirumah tersebut. tamat sesi uji nyali untuk aku selepas sejam berada di rumah tersebut . Kemudian kaedah kajian ditukar dengan meletakkan 4 orang di bawah dan 3 orang di atas . Dan setiap orang perlu duduk setempat dan dengan ilmu yang ada didada ini , kita cuba untuk beriteraksi dengan jin di rumah tersebut dengan cara masing masing . Aku salah satu orang yang duduk di tingkat atas , dan aku duduk di sebuah bilik kecil di tingkat atas tersebut. Ketika kajian bermula , aq rasa sejuk disebelah kiri tempat aku duduk tetapi malangnya rasa sejuk itu datang tidak terlalu lama dan hanya datang menyinggah saja. Beberapa minit kemudian , aku terdengar bunyi seakan akan batu lesung bergolek beberapa kali . Beberapa minit kemudian kajian tersebut tamat . Ketika semua orang sedang sibuk mengemas barang untuk balik . Terdengar beberapa bunyi dentuman yang amat kuat jugak la . Bunyi itu disedari oleh semua crew yang berada di situ . Pada pukul 4.50 pagi , semua balik meninggalkan rumah tersebut. Kesimpulannya , tiada penampakan yang dapat dikesan oleh aku semasa uji nyali , cuma ada gangguan bunyi sahaja dan dapat merasa kehadiran mahkluk tersebut . Walaubagaimanapun , ini pengalaman berharga buat aku dan pengalaman ini x boleh dibeli dimana mana melainkan kita merasainya sendiri . Setakat komen kencang kat fb tapi x merasainya sendiri tidak berguna juga...
Ini pengalaman pertama aku join aktiviti wpt jadi volunteer . Jadi perasaan aku bercampur baur masa tu , rasa teruja , rasa berdebar dan macam-macam. Aku bertolak dari rumah pukul 5.30 petang dan sampai ke lokasi kajian pada pukul 11.30 malam tak silap aku. Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari kereta , terus aku berdiri kaku sejenak tengok keadaan rumah dari luar pagar . Orang sekeliling aku pun berdiri kaku sejenak seperti melihat keputusan spm yang terpampang di depan rumah tu. Selepas itu, kami pergi ke salah satu rumah jiran yang terdekat untuk mendapatkan sedikit info tentang rumah tersebut. Hasil info dari sembang pagar tu (sebab sembang kat pagar ) , didapati konon nya rumah itu berpenghuni dan ade la sedikit penampakan yang dilihat oleh jiran2 sekitar. Kemudian kami semua masuk ke rumah tersebut , apa yang aku lihat rumah tu tidak la besar mana tapi kalau duk sorang sorang boleh jadi seram jugak hehe. Perasaan aku melangkah masuk ke rumah tersebut xde la yang pelik sangat cuma semasa di tingkat atas aku rasa seram sejuk skit kerana merasai kehadirannya di tingkat atas ... Pukul 2.30 pagi ( tak silap aku ) Tiba masanya aku ditinggalkan sorang2 didalam rumah itu . Kali nie aku dibekalkan bola dan kerusi , tujuannya untuk mengarah hantu di rumah tu untuk mengerakkan barang tersebut kerana dipercayai banyak aktiviti barang dialih atau digerakkan . Selepas livestreaming bermula , lampu ditutup dan semua orang keluar dari rumah tersebut maka bermula la kajian . Pada sepuluh minit awal kajian , aku dengar seperti orang mengibas langsir di bilik belakang tingkat atas . Bunyi nya memang kuat , ianya seakan akan bunyi mak sidai kain baju kat luar rumah pagi2 hehe...kemudian , kajian tentang kerusi dan bola tu seperti tiada reaksi dari penghuni ghaib di rumah tersebut malah aku juga ada mengarahkan penghuni dirumah itu untuk mengerakkan langsir di bilik utama tetapi hambar jua kerana tiada respon darinya.. Selepas setengah jam menjalani sesi uji nyali , aq telah di call oleh admin wpt supaya duduk diam2 selama 10 minit dan mencabar penghuni di rumah tersebut . Arahan itu telah ku sambut dengan kemas dan terus melakukannya seperti yang diarahkan . Selama 10 minit aku mengkaku kan diri , aq terdengar bunyi seperti orang berjalan di atas bumbung . Bunyi nye amat kerap dan bunyi nya akan kuat setelah aku mencabar penghuni ghaib dirumah tersebut. tamat sesi uji nyali untuk aku selepas sejam berada di rumah tersebut . Kemudian kaedah kajian ditukar dengan meletakkan 4 orang di bawah dan 3 orang di atas . Dan setiap orang perlu duduk setempat dan dengan ilmu yang ada didada ini , kita cuba untuk beriteraksi dengan jin di rumah tersebut dengan cara masing masing . Aku salah satu orang yang duduk di tingkat atas , dan aku duduk di sebuah bilik kecil di tingkat atas tersebut. Ketika kajian bermula , aq rasa sejuk disebelah kiri tempat aku duduk tetapi malangnya rasa sejuk itu datang tidak terlalu lama dan hanya datang menyinggah saja. Beberapa minit kemudian , aku terdengar bunyi seakan akan batu lesung bergolek beberapa kali . Beberapa minit kemudian kajian tersebut tamat . Ketika semua orang sedang sibuk mengemas barang untuk balik . Terdengar beberapa bunyi dentuman yang amat kuat jugak la . Bunyi itu disedari oleh semua crew yang berada di situ . Pada pukul 4.50 pagi , semua balik meninggalkan rumah tersebut. Kesimpulannya , tiada penampakan yang dapat dikesan oleh aku semasa uji nyali , cuma ada gangguan bunyi sahaja dan dapat merasa kehadiran mahkluk tersebut . Walaubagaimanapun , ini pengalaman berharga buat aku dan pengalaman ini x boleh dibeli dimana mana melainkan kita merasainya sendiri . Setakat komen kencang kat fb tapi x merasainya sendiri tidak berguna juga...
Monday, 9 November 2015
KEMBOJA (Sultan Hulu) 2
Sudah Tiga tahun Husaini Memegang jawatan Seri Bendahara Kerajaan Kemboja dan dalam waktu itu juga dia dikurniakan seorang anak lelaki hasil perkhawinan dua mahkluk yang berlainan Alam...Anaknya kini Sudah mencapai usia 6 Bulan..Namun masih belum diberikan nama...Sultan Merah Menghalang menantunya dari memberi nama kepada cucunya terlalu awal kerana perlu mengikut adat istiadat Kerajaan Kemboja dengan penuh tatatertib...Seorang Bayi yang hasil perkhawinan dua alam yang berbeza perlu diberi nama setelah masuk umur 7 bulan..Dalam 7 bulan itu , Bayi itu tidak boleh memijak tanah kecuali didukung orang...Husaini akur dengan arahan yang diberi Sultan Merah itu ...Bayi itu mesti ada dua nama...satu nama untuk Alam manusia dan satu lagi Alam Ghaib...
"Nama di Alam ku biar beta namakan dan nama di alam mu..kamu saja namakan", Kata Sultan Merah sambil mengusap cuping telinganya itu
"Seri Bendahara Jangan Bersusah hati akan bayi itu ", kata Sultan Merah lagi
"Patik tidak bersusah hati tetapi patik berasa kekok akan adat istiadat ini" balas Husaini
"Jika Seri Bendahara Mengetahui ,Raja dihilir juga berasa kekok suatu ketika dahulu...Seri bendahara jangan risau", kata Sultan Merah sambil menepuk bahu menantunya
Setelah Cukup 7 bulan itu , Bayi itu diarak satu kota kemboja dan Sultan Merah mengorbankan 666 ekor kambing untuk disedekahkan kepada rakyatnya..Majlis itu disambut dengan meriah dengan didatangi oleh Kerabat kerabat diraja yang lain malah Pak Kidir juga datang bersama keluarga dari belah Puteri Jiwa Kemboja Mewangi ...Pertandingan Memanah berlangsung dengan meriah dan pemenangnya dihadiahkan dengan Satu Kapal Emas dan Seekor Gajah Putih Milik Kerajaan Kemboja...Suasana pada hari itu sungguh meriah ...Bila tiba masa nama bayi itu diberi...semua tetamu yang datang duduk bersila di atas karpet yang besar dan tertera lambang kerajaan Kemboja..Tetamu yang datang berselawat ke atas jujungan Nabi Muhammad S.A.W tidak putus putus...Meraka berselawat dengan kuat tetapi lembut dan mendaty sehingga boleh didengari kerajaan ghaib yang lain...Puteri Kesuma Kemboja Mewangi Datang mengdukung anak nya dan berdiri menunggu Sultan Merah dan Seri Bendahara Mengumumkan nama anaknya itu...Sultan Merah memegang ubun ubun cucunya itu lalu mengerakkan bibir membaca sesuatu dan pergi ke lubang telinga Husaini membisikkan Sesuatu.
..Kemudian membisikkan ke telinga puterinta iaitu Puteri Kesuma Kemboja Mewangi...
"Kamu Berdua Setuju", kata Sultan Merah
Seri Bendahara dan Puteri Kesuma menganggukkan kepala tanda setuju sejurus itu...Sultan Merah Berdiri di depan khalayak ramai dan berucap sepatah dua kata...lalu dengan satu nafas sahaja..
"BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM , BETA MENAMAKAN CUCUKU INI DENGAN NAMA TENGKU SINGA KEMBOJA MEWANGI",Sultan Merah melaungkan nama dengan lantang..
Lalu giliran Husaini pula untuk memberikan nama..dia buat seperti apa yang Sultan Merah buat...dia memegang ubun ubun bayi itu..lalu membaca sesuatu dan bawa pergi ke telinga Sultan Merah lalu ke telinga Isteri Kesayangannya..
"Ayahanda dan Puteri bersetuju?", bilang Husaini dengan muka yang terukir senyuman di bibir nya
Ayah mertuanya dan isteri nya menganggukkan kepala tanda setuju..lalu berdiri dihadapan khalayak ramai dan terus mengucap kalimah syahadah dengan kuat sehingga dadanya turun naik ketika kalimah itu diluahkan...Husaini tidak berucap seperti ayah mertuanya ...Husaini menarik nafas dalam dalam ...lalu dengan satu nafas sahaja
"BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM , PATIK NAMAKAN ANAKKU INI DENGAN NAMA ABDULLAH TASLIM ", laung Husaini
Semua makhluk yang berada disitu bersorak apabila nama itu disebut...beratus ratus burung merpati putih datang membawa perutusan dari kerajaan kerajaan ghaib yang lain yang mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Kemboja kerana dikurniakan Insan yang Istimewa ..
Dengan tiba-tiba , datang angkatan panglima-panglima istana mempersembahkan Silat ...Panglima Misai mengetuai angkatan itu...Semua tetamu yang datang bersorak melihat persembahan itu...setelah selesai aksi aksi itu dipersembahkan...datang 7 orang membawa barang barang kebesaran Kerajaan Kemboja...lalu mengelilingi Sultan Merah yang duduk di atas Singgahsana...
"Seri Bendahara Kerajaan Kemboja Datang menghadap beta ", perintah Sultan Merah
Lalu Husaini datang duduk bersimpuh lalu mengangkat sembah dihadapan ayah mertuanya itu..Apabila Sultan Merah bangun maka semua yang ada disitu duduk bersimpuh sambil mengangkat sumpah ...lalu Sultan Merah memegang keris yang tersisip di pingangnya itu ...lalu mencabut kan keris itu dari sarungnya ...seluruh kawasan itu berbau harum ketika keris itu dibuka..lalu mencium keris itu dan mengangkat keris itu tingi tingi melebihi paras kepalanya ...
"Dengan kuasa aku di Kerajaan Kemboja ini , Beta Angkatkan Seri Bendahara Kerajaan Kemboja dengan Ketinggian sebagai Sultan Dihulu ", laung Sultan Merah...
Husaini terkejut dengan laungan ayah mertuanya itu...malah Pak Kidir juga terkejut....lalu Husaini Mengangkat sembah...tanda setuju...Setelah itu Husaini diberi Keris panjang Berlok 67 , pingat kebesaran Kerajaan Kemboja , Baju persalinan Sultan Dihulu bersama Tengkolok Belalai Gajah , Gajah Emas , Sebuah Istana Suasa , Panglima 3 Bersaudara , Cincin Bertatah Batu Marjan , Dan Harimau Putih berbelang biru ...
Semua tetamu datang mengangkat sembah kepada Husaini...lalu dia membalas sembahnya itu...Setelah beberapa adat yang dilakukan sempena pelantikkan itu , Husaini mengangkat sumpah..Setelah itu Husaini dapat duduk disebelah kiri Singgahsana Sultan Merah yang selama ini tempat duduk itu kosong dan tempat duduk di sebelah kanan itu diduduk oleh Pak Kidir yang memegang jawatan Sultan Dihilir...Kuasa Sultan dihulur dan dihilir sama...tetapi kedua sultan ini perlu patuh kepada Sultan Agong yakni Pemerintah seluruh Kawasan Dihilir , ditengah dan dihulu ...Setiap Tahun Sultan dihulu dan dihilir perlu membawa ufti sebagai tanda kekeluargaan ...
Maka bersemadilah Sultan Dihulu di Istana Suasa nya bersama Puteri Kesuma Kemboja Mewangu , Tengku Singa Kemboja Mewangi dan pembesar-pembesar yang ada...Kawasan dihulu amat Sejahtera dan Aman apabila diperintah oleh Husaini...
Setelah 6 bulan dia memerintah kawasan itu...Selama 6 bulan dia berulang alik dari Alam manusia ke Alam ghaib...Husaini ditimpa perkara sedih....Hidupnya ditimpa kesedihan yang amat sangat...
Bersambung...
Monday, 2 November 2015
KEMBOJA ( PERKAHWINAN) 1
Pada suatu hari , Wak Erman mula menebas semak di kebun milik Pak Sukor...Tetibe Husaini iaitu anak pak sukor dengan kelam kabut lari ke arah Wak Erman ..."Wak JANGAN TEBAS SEMAK TU WAK..JANGAN WAK!!!',jerit husaini...lepas tu husaini cuba melemparkan satu tumbukan ke arah wak erman..wak erman tersungkur ke tanah..."Celaka punye budak! Asal kau tumbuk aku ?! Ayah kau suruh aku tebas semak nie! , kata Wak Erman dengan Geram...Tetibe Husaini pengsan apabila ada satu angin menghembus ke arah husaini....Wak erman terkejut kerana husaini tetibe pengsan tanpa memikirkan semak yang harus dia tebas itu..dia terus membawa husaini ke rumah pak sukor...~Beberapa hari sebelum kejadian itu ...Pada pagi yang cerah itu...pak sukor pening memikirkan keadaan kebun nya yang tidak terurus tu...sudah lelah pak sukor cuba membuang lalang yang ada dikebun nya tetapi ibaratkan mencurah air di daun keladi yang kita boleh buat kek keladi atau aiskrim keladi...tetibe dengan takdir Allah...pak sukor terus dapat ilham untuk menyuruh saja husaini untuk menebas semak di kebunnya itu..."caini (nama manja yang diberi kepada anaknya husaini ) tolong abuya tebas semak dekat kebun kita tu ?" ,tanya pak sukor dengan berharap husaini dapat menolong nya..."alaa buya ...penat la caini..baru balik nie", kata husaini dengan merungut ..."WOI HUSAINI !!! , kau pergi sekarang...kau buat apa jer kat rumah nie...kau bukan nk tolong mak kau pun...kupas buah kelapa kau malas...apa yang kau rajin?! ...aku dah runsing pale otak nie...pergi cepat",kata pak sukor ..."ok la buya...caini pergi jap..nanti buya tolong belikan ayam penyet ibu suraya kat warung nanti ",kata husaini..."pergi cepat ...nanti balik kita makan sama sama ",kata pak sukor...husaini terus keluar dengan malas dan mengambil parang yg tersandang di tepi dinding itu ..kemudian husaini terus berjalan pergi ke kebun ayahnya dengan pemalas yang sangat la malasSetiba saja sampai di kebun nya...husaini memulakan kerja menebas .. sepanjang kerja menebas tu , husaini tidak lekang merungut kerana dipaksa ayahnya untuk menebas di kebunnya ..setelah 15 minit dia menebas tetibe ada satu kain putih melintas dengan laju di belakangnya...husaini terkejut...dia cuba memusing ke belakang untuk melihat apa yang berlaku...sudah pasti dalam mana mana cerita ...bila dia pandang belakang takde dan bila pandang ke depan balik akan muncul makhluk mengerikan sehingga membuatkan anda mengingati setiap inci rupa makhluk itu sehingga menyebabkan menjadi satu masalah pula nak pergi ke dapur pun berteman...kita sambung balik...husaini cuba menoleh kebelakang untuk melihat apa yang berada di belakang nya...husaini pelik kerana tiada satu sosok badan pun yang berada dibelakang nya...apabila sahaja dia pandang ke depan ...tersergam satu makhluk yang bengis berpakaian panglima lengkap ...husaini tersungkur ke tanah kerana terkejut dengan kehadiran makhluk itu..."woi budak!..kau memang cari geruh aku ya?!..kenapa kau pergi musnahkan taman bunga milik Puteri Kesuma?!..kau memang cari nahas!!!",sergah makhluk itu sambil menghunuskan tombak nya ke arah husaini...tetibe datang satu bau yang sangat wangi ...makhluk yang lengkap berpakaian panglima itu terus tunduk menghadap seperti menyembah seseorang ...tetibe muncul seorang gadis berselendang sehingga tidak menampakkan wajahnya tetapi hanya kelihatan bibir nya yang merah sahaja dan berpakaian serba putih dan mempunyai warna kuning pada corak pakaiannya itu...bau harum itu menguasai satu kebun itu setelah muncul Gadis itu...Gadis itu kemudian menghampiri husaini yang sudah memeluk tubuh kerana ketakutan kerana disergah panglima tersebut..."panglima misai..sudahlah tu...mereka tak mampu melihat taman kita...sedangkan dia hanya nampak lalang yang sudah mencecah paras kepala saja..puteri maafkan dia...bukan salah dia ", kata gadis itu.."baiklah puteri , maafkan patik puteri " kata panglima itu..."sudah tu..bangunkan dia ", kata gadis tu...setelah husaini sudah menyapu yapu baju nya ...panglima misai itu bersalam dengan husaini..."siapa nama kamu?", kata panglima itu..."nama saya husaini ",balas husaini sambil menundukkan wajahnya kerana takut akan muka bengis panglima itu..."husaini mari ikutku ke tempatku...kau akan lihat apa yang kau dah lakukan ke tempatku",kata panglima itu...tanpa berkata kata apa apa husaini ikuti saja kata kata panglima itu..setelah beberapa tapak berjalan di dalam lalang yang tingginya mencapai paras kepala tetibe dia berada di tempat yang lain...tersergam nya sebuah istana yang besar ....husaini begitu terpegun melihat keindahan istana itu...setelah beberapa tapak dia melangkah...dia agak terkejut...bunga bunga yang dulu tersergam kukuh terpahat di tanah...kini jatuh sepenuh ke lantai seperti ditebas orang....panglima itu menunjukkan taman taman yang sudah rosak akibat perbuatan husaini tadi....husaini rasa bersalah akan perbuatannya itu ...dia lalu meminta maaf kepada panglima itu dan gadis itu...dan dia berjanji takkan membuatnya lagi dan akan menjaga kebun itu sebaiknya...."Husaini bangun husaini!",jerit pak sukor yang terkejut melihat anaknya terbaring di tengah semak tidak sedarkan diri..."Wak Erman angkat dia cepat bawak ke rumah",arah pak sukor kepada adiknya...Wak erman terus membawa husaini ke rumah dan dia baringkan husaini di tengah ruang tamu...semua ahli keluarga di rumah itu berkumpul untuk melihat keadaan husaini yang tidak sedarkan diri semasa menebas semak di kebun tu..."Along (pak sukor) , kenapa boleh jadi macam nie..tadi elok jer aku tgk dia balik jalan kaki petang tadi",kata Wak Erman yang sedang bingung itu..."Ntahlah Wak...lepas dia balik tadi aku suruh dia tebas semak kat kebun aku tu haa...aku pelik la dia tak balik2 lagi...hari dah maghrib...aku cari la dia ...lepas tu aku panggil kau...sampai saja kat kebun tu...aku dah nampak dia terbongkang kat kebun aku tu", kata Pak sukor yang sedikit kesal kerana menyuruh husaini menebas semak di kebunnya..."Wak, cuba kau panggil doktor datang ke rumah", kata pak sukor..."along,saya rasa ini bukan pengsan biasa...nie macam kene kacau..apakata saya panggil pak kidir di hujung kampung tu", kata Wak Erman..."baiklah, kau pergi ambik dia sekarang", kata pak sukor..."Ermmm ...wahai sedari siapa nama kamu", kata husaini kepada gadis berselendang itu..."Nama ku Puteri Kesuma Kemboja Mewangi",balas puteri dengan tersipu malu..."nama ku Wan husaini bin Wan Sukor...saya sekali lagi memohon maaf kepada puteri kerana saya tidak tahu bahawa tempat yang saya tebas tu adalah taman milik puteri",kata husaini dengan sedikit tunduk kesal.."tidak mengapa husaini ...saya memaafkan mu kerana kamu tidak nampak bahawa tempat itu milik taman ku", kata puteri itu..."terima kasih puteri..saya berjanji takkan sekali usik ke tempat puteri dan akan melarang orang2 saya menebas pokok tu", kata husaini..."baiklah , mari ku bawak kamu ke istana ku untuk berjumpa ayah ku", kata puteri kesuma...sepanjang perjalanan ke istana itu...husaini begitu kagun dengan kesenian dan keindahan di alam itu...air pancut yang cantik setinggi Menara kuala lumpur itu disalut dengan emas dan dapat menampung satu daerah kawasan itu untuk masyarakat disana...sampai sahaja di pintu besar masuk istana itu...kelihatan dua singa besar menjaga pintu besar itu...sekelip mata sahaja ...singa yang besar itu berubah menjadi bentuk manusia yang sasa tunduk menyembah puteri kesuma...masuk sahaja di pintu istana itu...baju husaini berubah menjadi pakaian putih yang diperbuat dari kapas yang lembut lagi mengharumkan dengan bauan bunga kemboja yang dapat dibau seluruh istana itu...setelah beberapa minit berjalan menuju ke singgahsana milik Ayah puteri kesuma kemboja mewangi...puteri kesuma tunduk menyembah ayahnya yang gagah bersila di atas singgahsana yang sekeliling nya dijaga oleh penglima panglima yang gagah perkasa itu..."ampun tuaku beribu ribu ampun,wahai Sultan Merah Kemboja mewangi...patik datang menghadap membawa tetamu ", kata puteri tu duduk menyembah...lalu husaini mengikut sahaja pergerakan puteri itu..kerana selama ini dia tidak pernah menghadap mana2 raja ...husaini kelihatan kekok sekali..."wahai pemuda...siapa nama mu", kata sultan itu.."ampun beribu ribu ampun...nama patik husaini", balas husaini..."Selamat datang ke istana ku , maafkan beta kerana tidak menyambut kamu dengan sebaik nya...mari ikut beta menyantap makanan bersama ", kata sultan itu...Sultan itu bangkit dari singgahsana nya dan terus semua yang berada di dewan itu tunduk sembah...lepas sultan itu naik ke gajah putih itu...lalu puteri kesuma ikut bersama...."mari ikut ku husaini"kata puteri itu sambil memberi senyuman manis kepada husaini...sampai sahaja di dewan malam istana itu...sekali lagi husaini dipukau dengan makanan makanan yang lazat...meja yang panjang itu boleh memuatkan 100 orang sekaligus itu dipenuhi dengan makanan yang lazat...di tengah tengah meja itu terletak nya satu tiang berukiran cop mohor kerajaan kemboja..."sila duduk wahai pemuda", arah sultan itu...semasa menjamah makanan itu...Selendang yang dipakai puteri itu telah ditiup angin dan terbang sehingga terkena ke muka husaini...Semua terkejut dengan kejadian itu...Husaini yang terkejut kerana mukanya dihinggapi selendang puteri iti terus berasa tenang kerana keharuman kemboja itu dapat dibau dengan jelas dari selendang itu...lalu husaini mengusap selendang itu...setelah beberapa kali mengusap selendang itu , dia melihat kearah puteri itu perlahan lahan...bagaikan berada di syurga tiba tiba husaini jatuh cinta kepada puteri itu kerana kecantikan puteri itu dapat dilihat dengan jelas ...puteri itu tersipu malu melihat gelagat husaini itu...lalu panglima misai terus berdehem tanda menegur husaini...lalu husaini tersedar dari lamunan pandang pertama nya itu...tetibe husaini tersedar bahawa hari sudah maghrib...lalu dia cuba meminta izin untuk pulang kerana takut kedua ibubapanya risau..."sembah beribu ribu ampun tuaku...patik mahu meminta izin untuk pulang ke rumah", sembah husaini yang begitu kekok dengan kejutan budaya itu..."wahai pemuda...tuan hamba makan lah dulu ...setelah kenyang...puteri beta akan menemani tuan hamba balik ke rumah", kata sultan itu....setelah selesai menjamah ...husaini tunduk sembah dan bersalaman dengan orang di dewan itu....puteri itu kemudian naik ke atas gajah yang sedikit kecil dari gajah yang dinaiki Sultan merah kemboja mewangi itu...lalu mereka keluar dari istana itu...sampai sahaja di kebunnya itu...husaini begitu berat sekali nak meninggalkan alam itu....dan akan merindui untuk melihat wajah puteri itu lagi...lalu husaini berkata "wahai puteri...berat hati sekali saya nk meninggalkan tempat ini...dapatkah kita berjumpa lagi",...."jangan risau wahai husaini...saya akan hadiahkan selendang itu untuk pengubat rindu nu...kamu bacakan ayat ini 3 kali ..setelah itu kamu berzikir kepada yang esa...nanti aku akan datang kepada mu ",kata puteri itu sambil menghulurkan sebuah kulit yang ditulis ayat yang perlu husaini membaca 3 kali untuk menyeru puteri itu...."terima kasih tuan puteri...jika ku rindu padamu...akan ku menyeru mu.", kata husaini...setelah itu husaini balik rumahnya...jejak saja ke tangga rumahnya...dia pengsan...."Bang!!!!! Caini dh bangun!!!! ", jerit Kalsom isteri Pak Sukor...Semua isi di rumah itu kelam kabut untuk melihat keadaan husaini yang kaku tidak sedarkan diri sejak lima hari lalu...benar!..sudah lima hari husaini tidak sedarkan diri sejak husaini pergi menebas semak itu....Selepas saja Wak Erman membawa pak kidir untuk tengok kan husaini yang pengsan itu...pak kidir tersenyum ..."Sukor..aku rasa biar la dia macam nie...nanti dia bangun sendiri...tapi tunggu cepat dan lambat jer...jangan risau ", kata pak kidir ....Selepas saja husaini sedarkan diri...semua bertanya apa terjadi..."tiada apa2...caini cuma penat"kata husaini dengan lemah lalu perlahan lahan bangun dan berjalan dengan longlainya ke bilik nya...lepas saja dia rebahkan badannya ke bilik...dia teringatkan puteri kesuma..."alangkah bertuahnya aku dapat bernikah dengan puteri tu", katanya dalam hati...pada malam itu , dia bermimpi akan kecantikkan puteri tu....selepas itu dia terbangun ....dia melihat pada jam dindingnya menunjukkan pukul jam 3 pagi...tetibe dia terdengar satu suara halus menyerang halwa pendengarannya..."husainiiiiiiiii pergiiiii ke kebunnnnnnn", kata suara halus tu....suara itu berulang rulang menyerang lohong pendengaran husaini sehingga dia bertekad pergi ke kebun pada malam itu juga ..dia perlahan lahan berjalan ke ruang tamu untuk mengelakkan orang lain tersedar ....selepas itu senyap2 dia ambil kunci di meja...perlahan lahan dia membuka pintu...selepas saja berjaya membuka pintu...terus dia bawa lampu suluh yang berada di luar rumahnya itu...tetibe suara itu datang lagi menyerang pendengaran husaini untuk menyuruh dia pergi ke kebun dengan segera....selepas itu husaini terus berlari kelam kabut pergi ke kebun ...selepas beberapa minit...dia sampai juga ke kebun dengan tercunggap cunggap...tetibe dia terbau keharuman bunga kemboja....terus hilang penat husaini...tetibe puteri kesuma turun dari atas sambil terbang ke bawah dengan perlahan...husaini begitu terkejut kerana dia ingatkan itu adalah hantu untuk memakannya...tetibe puteri itu tergelak melihat gelagat husaini yang mukanya begitu pucat selepas melihatnya turun terbang ke bawah..."wahai husaini...ini aku...puteri kesuma kemboja mewangi", kata puteri itu sambil gelak...."tidak perlu puteri datang dengan keadaan begitu..saya ingatkan pontianak tadi", geram husaini dengan tindakan puteri itu..."maafkan ku husaini...aku hanya mahu bergurau saja", kata puteri.."tidak mengapa cuma aku terkejut melihat kamu terbang begitu", kata husaini..."mengapa kamu tidak mengambil balik selendang yang aku berikan itu kepada mu", kata puteri sambil mencebik mulutnya..."ohh yaa...dimana selendang itu...aku baru teringat akan selendang itu...lepas saja ku tersedar ..ku sudah berada di ruang tamu....dan aku cuba mencari selendang itu tetapi tidak juga jumpa",kata husaini..."hmmmm...selendang itu terjatuh ketika kamu pergi pulang ke rumah...aku kemari mahu berikan selendang ini dan mahu melihatmu... dan jangan berikan kepada orang lain selendang ini ...ini amanah kamu...jika selendang ini hilang...kamu tidak dapat berjumpa ku lagi", kata puteri itu....",baiklah...aku akan menjaga selendang ini ibarat menjaga nyawa ku...takkan ku hilang kannya...kerana setiap masa ku merindui mu", kata husaini dengan lembut..."aku pun merindui mu setiap masa....apakah bagus jika kamu pergi ke alam aku..dan bernikah dengan ku",kata puteri itu yang terukir senyuman manis yang boleh membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta padanya....bagaikan dapat memiliki bulan husaini terus tersenyum suka kerana niatnya untuk bernikah dengan puteri itu diketahui puteri....tiba-tiba , "caini bangun...kul brape dah nie...pergi kelas...nanti lambat!!",seloroh kalsom ...."ya allah ,aku bermimpi rupanya", kata husaini yang terkejut dari tidur...."apa yang kamu mimpikan...menatang apa nie selendang putih nie...dah tu pergi mandi", arah kalsom....selepas itu husaini cepat2 menyorokkan selendang itu....dan terus mandi....selesai saja mandi...dia terus bersiap siap untuk ke kelas....Dalam perjalanan husaini pergi ke kolej nya itu ....tetibe dia ditahan oleh seseorang...dan dia membuka tingkap kereta untuk melihat muka orang itu dengan jelas..."pakcik!...kenapa tahan saya!", kata husaini yang geram ditahan oleh pakcik itu..."bolehkah saya menumpang kamu untuk pergi sana", kata pakcik tu sambil menunjukkan ke arah signboard kampung Terkikir..."baiklah pakcik..sila masuk", kata husaini yang mempelawa pakcik itu masuk....selepas saja pakcik itu menaiki kereta husaini itu...tetibe husaini seperti pernah lihat muka pakcik itu...tetapi dia tidak kenal pasti siapakah geranggan orang itu..."siapa nama pakcik", kata husaini ..."kamu sudah mengenal ku", kata pakcik tu sambil menguntil misainya...husaini terus bingung ...dia cuba mengingati balik siapakah pakcik itu...selepas sampai di pintu masuk ke kampung terkikir...husaini memberhentikan kereta..."pakcik..sudah sampai...elok2 pakcik berjalan", kata husaini dengan lembut..."tak perlu kamu risau...jangan pandang ku dengan mata zahir..tetapi lihatlah aku dengan pandangan batin..terima kasih tumpangkan aku...", kata pakcik itu..."sama sama pakcik", balas husaini....selepas saja pakcik itu keluar dan menuju ke parit yang tidak jauh dari pintu masuk kampung itu...tetibe pakaian pakcik itu berubah menjadi pakaian panglima lengkap dan terus hilang dari pandangan...husaini tersentap..."Subhanallah..Panglima Misai rupanya", kata husaini dalam hati..."Wak Erman nanti kau tolong aku bersihkan semak kat umah aku tu..lalang dia dh capai paras kepala aku dah...kalau aku suruh husaini buat nanti dia pengsan lagi..tak pasal2 tunggu lima hari lagi nak tengok dia bangun", merungut pak sukor...."baiklah along nanti saya tolong buatkan...tapi saya nak pinjam parang dengan cangkul...ada bende nak buat", kata Wak Erman..."Ambik kat Belakang Rumah aku..nanti sudah habis buat kita makan sama-sama dirumah aku",kata pak sukor...selepas itu wak erman pergi ke belakang rumah dan mengambil parang dan cangkul...selepas itu perlahan lahan dia berjalan ke kebun abangnya pak sukor..."ish ish ish...nie memang teruk sangat nie...takpe..biar aku sendiri bersihkan ", bisik Wak Erman sendiri...."Macam ada bende tak kene jer nie...aduhhhh asal rasa lain macam nie...wei azman aku balik dulu la..rasa tak sedap la...macam ada bende buruk berlaku", kata husaini kepada azman..."bereh boh ...jalang dumoh molek...malam kakrang wasek (whatsapp) aku...jangan dalang group senyak bodo....lbih baik mu left..jadi cicok", kata azman..."bereh boh ..aq balik dulu", balas husaini...selepas itu husaini menuju ke kereta dan ternampak kelibat Panglima Misai sudah berada di dalam kereta...husaini kehairanan bagaimana orang tua misai nie boleh ada dalam kereta sedangkan kereta dia sudah dikunci ...selepas itu dia buka kunci kereta dan "panglima ...macam mana masuk?", kata husaini..."jangan banyak tanya ...jalan cepat....keluarga kau buat hal lagi kat tempat aku...lebih baik kau menghalangnya cepat", kata panglima dengan tegas...terus husaini menghidupkan enjin dan membawa kereta dengan laju...sampai saja di kebunnya...panglima misai terus terbang pergi ke kebun...husaini kelam kabut lari ke kebun..." Wak JANGAN TEBAS SEMAK TU WAK..JANGAN WAK!!!',jerit husaini...lepas tu husaini cuba melemparkan satu tumbukan ke arah wak erman..wak erman tersungkur jatuh ke tanah...Selepas itu panglima misai terus menghembus satu angin halus dan husaini terus rebah...Wak Erman terus membawa husaini kerumah..."Along!!!...bukak pintu cepat...anak kau pengsan lagi!!!!", jerit Wak Erman...selepas itu kelam kabut pak sukor membuka pintu..."asal budak nie pengsan lagi! ...bukan aku suruh dia tebas pun!" Marah pak sukor sendiri..."anak kau nie tadi ..masa aku tengah menebas semak kat kebun kau...budak nie datang jerit2 lepas tu tumbuk aku...nampak nie haaa lembam mata aku", kata Wak Erman sambil menunjukkan mata yang lembamnya itu..."Wak...pergi panggil pak kidir sekali lagi...aku rasa di tahu nak buat", kata pak sukor..."baiklah..aku pergi ambik dia", balas Wak..."Panglima ...kenapa saya kene pergi ke istana lagi...bukan saya yang buat...saya sempat menghalang wak", kata husaini yang risau takut dimarahi panglima lagi..."ikut saja..jangan banyak bersuara...aku kunci mulut kau nanti !", kata panglima dengan kuat...husaini tunduk rasa bersalah....selepas saja melepasi Pintu masuk istana itu...husaini disambut oleh Sultan Merah kemboja mewangi..."Assalammualaikum wahai pemuda...mari ikut ke kamar ku...beta ada sesuatu nak bincang", kata sultan itu..."Waalaikummusalam...baiklah", balas husaini sambil mengangkat sembah....dan husaini terus berjalan mengikut sultan itu pergi kamar dengan dikelilingi singa putih yang menjaga sultan itu...Selepas sampai di kamar itu....Sultan Mengarahkan husaini duduk ..."wahai pemuda...maafkan beta...sekali lagi menjemput kamu ke sini...beta tak marahkan kamu kerana Orang tua itu rosakkan daerah beta...tetapi beta ada hajat besar ",kata sultan itu ..."Ampun tuaku beribu ampun...terima kasih beta...saya amat sukacita kerana beta sudi mengajak patik sekali lagi ke istana yang megah ini...tetapi apakah hajat besar beta itu", kata husaini sambil mengangkat sembah..."hmmmm...beta mahu menikahkan kamu dengan puteri beta", kata sultan itu sambil memegang bahu husaini...husaini terkejut...dia seperti kaku untuk membalas balik soalan sultan itu..."Wahai pemuda..tetapi ada syaratnya", kata sultan itu lagi.....Selepas saja Wak erman sampai ke rumah pak sukor untuk mengambil pak kidir untuk tengok kan husaini yang kaku terbaring di ruang tamu nya itu..."kidir...cepat...tengok kan anak aku cepat", arah Pak sukor..."hmmm baiklah", balas pak kidir....selepas itu...pak kidir duduk disisi husaini...dan terkumat kamit membaca sesuatu..."sukor...aku rasa...anak kau nie kene sorok bunian", kata pak kidir..."takkan la orang bunian berkenan dengan anak aku kut....muka bukan hensem...tempat diorang bukan dekat atas bukit tu ker?", kata pak sukor..."mungkin pintu masuk nya ada dikebun kau...aku nak pergi alam sana sekejap...bawa balik husaini", kata pak kidir..."cepat sedikit selamatkan anak aku", kata pak sukor...selepas itu , pak kidir baring di sebelah husaini dan pengsan seperti husaini juga...."Apa syaratnya tuanku?", tanya husaini..." syaratnya jika kau bernikah dengan puteriku ..tuan hamba mesti duduk disini buat selama lamanya dan tuan hamba ditugaskan menjadi bendahara di istana beta", kata sultan itu...husaini benar2 dalam dilema...jika dia berkahwin dengan puteri..dia perlu duduk disini buat selama lamanya dan meninggalkan keluarga nya disana...."wahai pemuda...pergi la kamu solat istikharah dulu...pasti Dia tunjukkan mana yang terbaik..Dia sudah tentukan takdir kita", kata sultan itu...selepas itu husaini pergi mengikut Menteri yang berjubah putih itu untuk ke masjid...sampai saja di masjid yang tersergam dengan ukiran kayu yang berseni dan seni bina ala jawa itu...dia terus mengambil wuduk di sungai yang tidak jauh dari masjid itu...selepas itu...dia ambil tempat di depan tiang besar yang dihiasi dengan ukiran ayat ayat suci al quran...selepas itu dia solat zohor dan kemudian solat istikharah...selepas itu , dia duduk berzikir memuji yang maha esa...tiba-tiba...pak kidir mencuit bahu husaini...husaini terkejut kerana dicuit pak kidir yang berpakaian seperti menteri di istana itu yang terserlah lambang kerajaan kemboja di hulu Keris yang tersisip kemas di pinggang..."sudahlah husaini..mari ikut ku pulang...ayahmu risau kerana kau pengsan tidak sedarkan diri",kata pak kidir dengan tenang..."tetapi saya ada sesuatu yang harus saya buat disini pak kidir", kata husaini..."tanggungjawab apa kamu perlu buat disini...ini bukan alam kita", balas pak kidir..."itu kemahuan ku...jangan pak kidir menghalang saya", kata husaini yang rungsing dengan pak kidir..."mari keluar dari masjid..tidak elok kita bersembang tentang dunia di masjid ini", kata pak kidir...selepas saja keluar dari masjid itu...datang seorang perempuan yang berpakaian seperti puteri kesuma dan ditemani seorang budak yang bertengkolok ...lalu perempuan itu mencium tangan pak kidir dan diikuti budak bertelengkolok itu..."sudah lama awak tidak menjenguk saya disini...adakah awak tidak mempedulikan saya lagi", kata perempuan itu..."bukan begitu ...saya ada tanggungjawab disana yang harus diselesaikan", balas pak kidir..."banyak saja alasan mu...anak kita sudah mencecah 10 tahun..tetapi awak jarang mari ke sini", merungut perempuan itu..." bukan nya saya tidak kesini langsung", balas pak kidir...husaini kehairanan ...apakah hubungan perempuan itu dengan pak kidir..."pak kidir..minta maaf menyampuk...siapa gerangan perempuan berselendang itu?" Tanya husaini..."hmmmm...ini isteri ku dan budak ini anak ku", balas pak kidir...husaini terkejut kerana tidak sangka pak kidir mempunyai keluarga disini..."makcik bedah tahu tidak pasal ini", tanya husaini...pak kidir mengelengkan kepala..."wahai anak muda...pergi la ke istana itu...Ayahku sudah lama menunggu mu", kata perempuan itu...."ayah? Adakah kamu anak perempuan sultan merah kemboja mewangi seperti puteri kesuma juga", kata husaini..."iya benar...aku anak nya...dan puteri kesuma itu adikku...dan namaku puteri Jiwa kemboja mewangi", balas perempuan itu...tiba-tiba panglima misai datang dan angkat sembah dihadapan pak kidir..."ampun beribu ampun , Raja dihilir Sultan Kidir kemboja mewangi",kata panglima itu sambil mengangkat sumpah...husaini terkejut kerana gelaran pak kidir itu disebut oleh panglima misai..."jangan kamu bawak budak ini berkahwin dengan puteri kesuma...dia tidak perlu mengalas tanggungjawab ini", marah pak kidir kepada panglima misai..."bukan hasratku..tapi hasrat ayah mertuamu....dia takkan mengambil kuasa mu...dia hanya diberi kuasa bendahara di istana saja", kata panglima itu....lalu panglima membawa husaini ke istana sambil ditemani pak kidir dan keluarganya...sampai saja dipintu istana...semua tunduk angkat sembah kepada Pak kidir...dan pak kidir membalas sembah itu....dan pak kidir mengangkat sumpah kepada ayah mertuanya itu..."Assalammualaikum raja dihilir ?", kata sultan merah...dan pak kidir membalas salam itu.....dan sultan merah menyuruh pak kidir duduk berbincang bersama..."ampun beribu ampun tuanku , patik tidak bersetuju dia dinikahi dengan puteri kesuma...keluarganya disana sedang risau", kata pak kidir..."dia sudah matang...tak perlu diawasi keluarga lagi...biar saja dia buat keputusan sendiri ", balas sultan itu..."ampun tuanku beribu ampun , tetapi apa guna jika dia duduk disini buat selama lamanya ...pasti dia rindu akan keluarganya....dunia dia dan tuanku berbeza", kata pak kidir membantah..."apa dulu kamu tidak ingat masa kamu bernikah dengan puteriku jiwa kemboja mewangi ...adakah kamu berfikir dunia kita berbeza????!!!", balas sultan merah dengan tegas...pak kidir tunduk berasa kesal dengan tindakkannya 11 tahun dahulu..."kamu menikahi puteriku sedangkan kamu sudah ada tanggungjawab menjaga keluarga mu di alam sana...sedangkan pemuda ini tidak ada apa-apa tanggungjawab lagi di alam sana...biar saja dia buat keputusan sendiri sama ada mahu bernikah atau tidak",marah sultan merah kepada pak kidir...."wahai pemuda ...bagaimana dengan keputusan mu itu?", tanya sultan merah kepada husaini...berat hati husaini nak meluahkan keputusannya kerana perkara begini tidak boleh dibuat main..."ampun beribu ampun tuanku , patik setuju ", kata husaini dengan yakin..pak kidir begitu kesal dengan keputusan husaini itu..."jika begitu keputusan mu...syaratnya pemuda ini...tidak boleh duduk disini selamanya...dia perlu berulang alik kesini setiap 3 minggu ", kata pak kidir...."baiklah beta setuju dengan syaratnya itu", balas sultan merah...semua isi didalam istana itu mengucapkan "ALHAMDULLILAH"...Selepas saja Husaini berkahwin dengan Puteri Kesuma Kemboja Mewangi yang disambut dengan meriah selama tujuh hari tujuh malam....husaini dan pak kidir pulang ke jasadnya....dan menjalani hidup seperti biasa....mereka sudah pengsan selama 3 bulan...husaini terpaksa repeat sem kerana tidak menghadiri exam nya...manakala pak kidir terus hidup berahsia dengan isterinya dan anak2 nya disini...setiap 3 minggu Husaini akan pergi kebunnya sambil ditemani pak kidir untuk memasuki ke alam sana...dia menjalani tanggungjawab sebagai pelajar disini...dan disana dia mengalas tanggungjawab sebagai Seri Bendahara Kerajaan KembojaSetelah 3 tahun~"Bismillahirrahmanirrahim...bangkit tulang bercantum daging...percik darah menjadi daging...harum kemboja ku sambut...aku melangkah kesana dengan baik",bisik husaini sambil memegang selendang putih itu lalu berzikir lailahaillah...selepas itu dia masuk ke alam sana dengan berjalan perlahan lahan...setelah berada di pintu masuk kerajaan kemboja...husaini disambut oleh puteri kesuma kemboja mewangi sambil mendukung bayi kecil iaitu anak husaini.....The end.....tapi ada sambungannya*soundtrack ending lagu god of war...~kratos...amos...jeng jeng jengBy:@zvimfin
Subscribe to:
Comments (Atom)