Thursday, 10 November 2016

KEMBOJA ( MATI ) 3

Setelah 6 bulan dia memerintah kawasan itu...Selama 6 bulan dia berulang alik dari Alam manusia ke Alam ghaib...Husaini ditimpa perkara sedih....Hidupnya di timpa kesedihan yang amat sangat...Lebih-lebih lagi puteri kesuma kerana hilangnya orang yang dia amat sayang dan hormat...Ayahnya ( Sultan Merah) telah ditemui wafat...Perkara itu menggemparkan seluruh isi perut kerajaaan kemboja. Kewafatan ayah mertua nya itu menengelamkan suasana di seluruh Alam Kerajaan Kemboja serta jajahan naungannya . Husaini sangat terkilan dengan Kewafatan ayah mertuanya itu kerana punca kematiannya disyaki dibunuh dengan cara terkutuk iaitu dengan semangat ILMU IBLIS. Seluruh Bala tentera dikerah mengawal sempadan Kerajaan Kemboja malah Istana dikawal ketat oleh Bala tentera yang diketuai Panglima Misai . Setelah Adat istiadat Pengebumian Sultan Merah Kemboja Mewangi dijalankan dengan penuh beradat dan Seluruh alam Kerajaan dan Kerabat berkabung selama 33 hari . Maka seluruh Kerabat Kerajaan Kemboja berkumpul untuk membincangkan siapa yang layak mewarisi takhta Raja Di tengah yakni Raja Agong Kerajaan Kemboja. "Ampun beribu- ribu ampun Tuanku , Mengikut adat istiadat Kerajaan Kemboja , Takhta Raja Di tengah boleh disandang oleh dua orang Raja iaitu Raja Dihilir yang dipangku oleh Raja Dihilir Sultan Kidir Kemboja Mewangi dan Raja Dihulu iaitu Raja Dihulu Sultan Husaini Taslim Kemboj Mewangi . Maka selayaknya Tuan hamba mencadangkan Raja Dihilir yang memangku Jawatan Raja Ditengah kerana Raja Ditengah berjiwa rakyat dan bijak mengurus tampuk pemerintahan di jajahan Hulu kemboja Mewangi , Ampun beribu ampun ", Sembah Panglima Misai kepada Raja Dihulu dan Dihilir sambil mencadangkan nya dihadapan Kerabat Di Singgahsana itu . " Kau ingat aku di Hilir tu tak buat kerja ?! ", Murka Pak Kidir kepada Panglima Misai Husaini mengelengkan kepala tanda menyesali Perbuatan Pak Kidir yang melanggar Batas pergaulan di Istana. "Ampun beribu ampun Tuanku Raja Di Hilir , Bukan Maksud Patik begitu tetapi itu hanya cadangan patik sahaja tetapi selayaknya Tuanku Raja Dihulu yang menyandang , ampun beribu ampun ", Sembah Panglima Misai kepada Raja Dihilir. "Apakah tak layaknya aku untuk memangku jawatan itu sedangkan budak ini tidak selayaknya memangku jawatan Raja Dihulu pun apatah lagi Raja Ditengah !!!", mengamuk Pak kidir Di dalam Istana Puteri Jiwa Kemboja amat kecewa dengan Sikap Suaminya yang Baran di dalam Istana kerana cadangan Panglima Misai itu lalu Puteri meninggalkan Singgahsana dengan perlahan lahan sambil mengangkat sembah kepada Pak kidir dan Husaini lalu hanya Husaini sahaja yang membalas sembahan itu . Suasana di istana amat genting kerana Sikap Pak kidir yang baran itu dan Husaini hanya mendiamkan diri. " Ampun beribu ampun Tuanku , Ampunkan Patik kerana membawa murka kepada Raja Dihilir tetapi Hasil permuafakatan Seluruh Kerabat dan Kerajaan Kemboja Mewangi Bersetuju untuk Menjadikan Raja Dihulu menyambung Jawatan Raja Ditengah . Perkara ini telah lama Dibincangkan semasa Perkabungan Sultan Merah Kemboja Mewangi semasa ketiadaan Tuanku ", sembah Panglima Misai . "Dasar bunian derhaka , cuba merendahkan aku dihadapan budak hingusan ini , tidak sedarkah sumbangan yang aku sudah berikan kepada Kerajaan ini ! Celaka Kamu Bunian ! ", jerit Pak Kidir sehingga Suaranya Bergema Diseluruh Istana kerana Kemurkaannya. Lalu Pak Kidir membuang Keris kebesarannya yang tersisip di Pinggang nya dan menanggalkan Cincin Permata Kayangan lalu dipijak nya dengan hina . " Aku Kidir Sulaiman Bin Boestaman letak jawatan sebagai Raja Dihilir !!! Aku Ceraikan Puteri Jiwa Kemboja Mewangi dengan Talak 3 !!! , aku sudah tidak sanggup dipijak hina oleh bunian celaka ini ", Jerit Pak Kidir Seluruh Alam Kemboja Terkejut , Singa- Singa Kerajaan Kemboja mengaum menandakan Kekesalan , Kerabat Diraja dan pembesar Semua mengelengkan kepala dan Puteri Jiwa kemboja menangis dengan tindakan Suaminya itu yang melulu itu . Lalu Pak Kidir meninggalkan Singgahsana dan Terus meninggalkan Alam Bunian . " Beta mohon perbincangan ini ditangguhkan pada hari yang lain...Biar keadaan ini reda dahulu ", Titah Husaini didalam Istana. Lalu Husaini beredar Dari istana dan Pulang ke Istana Suasa nya di Jajahan Hulu sambil ditemani Isteri tercintanya Puteri Kesuma Kemboja . " Dinda rasa geram dengan perlakuan Sultan Kidir merendah rendahkan Kaum Bunian dan Mengecewakan Hati Puteri Jiwa Kemboja . Itu satu perbuatan terkutuk yang pernah disaksikan dinda . Moga beliau diterima hidayah dan menyesali perbuatan itu ", Mengadu Puteri Kemboja kepada Suaminya . " Biarkan dia dinda , Sikap barannya amat terkenal di alam manusia lagi...dinda jangan bimbang biar kanda memujuk beliau untuk kembali memerintah Di Hilir tanpa Beliau Kemboja mesti merasa kehilangan ", pujuk Husaini. " Kemboja takkan Merasa kehilangan nya kerana jarang beliau singgah disini untuk jalankan tanggungjawab nya malah Kerajaan Dihilir sebenarnya diurus oleh Puteri Jiwa semasa Ketiadaannya , jika 11 tahun yang lepas tidak berlaku...mesti Puteri Jiwa dinikahi oleh Panglima Sedili iaitu Putera Kerajaan Bidara Seri Mekar tetapi kerana Jasa Sultan Kidir berjaya menyelamatkan Kerajaan Kemboja dari serangan Bala tentera Hantu Raya Kerajaan Bisik maka tidak dinikahi lah Puteri Jiwa dengan Putera Sedili " , Merungut Puteri Kesuma. " Serangan Hantu raya ? , Setahu kanda Kerajaan ini tiada musuh di serantau ini . Adakah ada kisah yang tidak diceritakan kepada kanda ?" Husaini cuba mengorek rahsia dari Puteri Kesuma . " Banyak Rahsia yang belum diceritakan kepada Kanda tetapi Kerana kemangkatan Sultan Merah maka Tiada kesempatan untuk menceritakannya ", balas Puteri Kesuma sambil mencubit hidung suaminya itu lalu Husiani tersenyum dengan tindakan Isterinya itu. KISAHNYA BERMULA BEGINI , Pak Kidir dahulu sama sahaja seperti kanda iaitu seorang manusia biasa tetapi beliau mempunyai kelebihan dari segi Ilmunya . Beliau telah menuntut Ilmu dengan Banyak Panglima Di Alam Bunian Seperti Panglima Haji Sebara , Panglima Titiwangsa , Panglima Tabur , Wali Kajang , Wali Gersik dan ramai lagi. Kerana ilmu nya itu memudahkan beliau untuk Berkuasa dan berjalan di Alam ini . Ketika Kerajaan Kemboja Berperang dengan Kerajaan Bisik , Sultan Merah telah meminta Pertolongan Pak Kidir untuk memerangi Bala tentera Hantu Raya Kerajaan Bisik tetapi Pak kidir mengena kan 3 syarat iaitu yang pertama Dia mahu memperisterikan Dinda , yang kedua dia mahu menjadi Raja Dihilir Kerajaan Kemboja Mewangi , yang ketiga dia mahu cincin milik Sultan Merah iaitu Cincin Permata Kayangan . Tetapi syarat itu amat berat buat Sultan Merah . Dengan Pertolongan Panglima Misai...Sultan Merah Bersetuju mengambil syarat tersebut dengan syarat Pak kidir mengahwini Puteri Jiwa kerana dinda pada ketika itu masih Kecil , selain itu pak kidir boleh menyandang jawatan itu jika dapat mengalahkan Kerajaan Bisik dan yang terakhir Cincin Permata Kayangan akan diberikan kepada Pak Kidir setelah Berjaya Menumpaskan Bala Tentera Hantu Raya tersebut. Lalu Pak Kidir bersetuju dengan syarat Balas itu...Maka Bersiaplah Pak Kidir bersama Panglima Misai untuk mengetua angkatan Tentera Kemboja Mewangi . Panglima Misai mengetuai 300 Ketumbukan Angkatan tentera di Sempadan Utara Kemboja Mewangi dan Pak kidir Mengetuai hanya Seramai 10 orang sahaja yang terdiri dari rakan rakan nya dari Alam manusia. Ketika Pertempuran itu berlangsung , Rakan-rakannya telah tewas dan hanya tinggal Pak kidir seorang...Tetapi Hasil Ilmu Hikmah yang dipelajarinya , beliau berjaya menewaskan semua Bala tentera dari Kerajaan Bisik. Sejak itu beliau menjadi sebahagian Kerabat Diraja Kemboja Mewangi hasil perkahwinan Beliau dengan Puteri jiwa . " begitu ceritanya , sangat mengasyikkan kisah itu ", balas Husaini dengan Teruja. " Tetapi Pak kidir sangat biadap dengan Sultan Merah dan Pembesar ", Geram Puteri Kesuma. " Di alam sana , Pak Kidir begitu keras kepala ", bilang Husaini . " esok kanda akan berangkat pulang ke alam sana untuk memujuk Beliau ," balasnya lagi. " Baiklah Kanda , Semoga Perjalanan Kanda diberkati Tuhan ", sambut Puteri. Pada Keesokkannya , Husaini menembusi pulang ke Alam Manusia .Lalu Dia pergi ke Sebuah Pokok Besar yang berhampiran lalu mengambil Beg yang tersorok di sebalik Pokok itu dan Husaini Mengambil jam di dalam beg itu . " Dah 3 minggu aku tak balik ...Mesti buya risau " monolog Husaini... Setiba beberapa langkah dari Semak yang pernah ditebas nya itu , Tiba - tiba kedengaran bacaan yasin bergema dari dalam rumah. Lalu Husaini Kehairanan dan terus berdegup kencang dan berlari sambil memanggil ibu dan ayahnya ke arah rumah nya. Lalu Husaini tiba-tiba ditahan Wak Erman . " Engkau kemana budak tiga minggu tak balik balik ", Tanya Wak Erman. " Saya baru balik kerja di Kemaman Wak ", balas husaini " Aku harap kau tabah , mak ayah kau meninggal subuh tadi ...aku rasa elok kau imam kan solat nanti untuk mak ayah kau ", sayu Wak Erman sambil memeluk husaini Lalu Husaini Menitis air mata jantan nya kerana kehilangan kedua ibu bapa nya yang tersayang . Kepulangan dia disambut dengan berita yang menyedihkan. Solat Jenazah dia imamkan seperti kehendak Wak Erman dan Urusan pengebumian berjalan dengan lancar. Setelah itu , sunyi lah seisi rumah tanpa ibu bapanya , tiada lagi telatah ibu bapanya ...kehilangan ibu bapanya memberi kesan yang mendalam kepada Husaini ...Pada masa yang sama beliau kehilangan Ayah mertuanya. " Wak...apa sebab buya dengan umi meninggal? " , tanya Husaini kepada Wak Erman yang sedang mengulung Rokok daun yang berisi Tembakau Tasek. " hmmmm , ada orang dengki dengan mak ayah kau ", Balas Wak. " Siapa pulak dengki nie Wak ? ", Tanya balas husaini. " ntah laa Husaini , mak ayah kau Kene buatan orang ..2 minggu terlantar sakit dalam rumah , aku minta Tolong Pak Kidir haram nak ade dalam rumah ", balas Wak. " Kenapa tak call saya wak ?", kata husaini . " Kejadah ape nak call kau , Telefon kau tu elok buang dalam jamban ...aku call banyak kali dahh...kau tu hilang kemana ?! ", marah Wak Erman. " maafkan saya Wak sibuk bekerja sampai lupa tanggungjawab dekat sini ", tunduk Husaini. Pada Malam itu , ketika Husaini bersendirian di dalam Rumah nya Tiba - tiba rumah nya seperti bergegar . Lalu husaini berpaut di sofa rumahnya . Lalu Husaini membaca beberapa ayat dan menghembus ke pintu rumah dengan pertolongan dari Allah...Gegaran itu hilang secara beransuran... " Celaka ! ", Husaini terkejut dengan jeritan itu lalu ke luar rumah ...alangkah terkejutnye beliau melihat Satu sosok lembaga perempuan mencangkung di hadapan rumahnya sambil menjilat tubuh badannya sendiri yang berkudis dan mengerutu. " AKU NAK KAU MATI ", jerit lembaga itu. Tiba - tiba Panglima Misai datang menyambar makhluk itu dan memenggal kepalanya . " PANGLIMA !" jerit Husaini. Tetibe panglima jatuh tersungkur apabila Satu lagi lembaga Hitam datang menyerang nya dari arah belakang. Kepala lembaga yang dipenggal tadi telah bercantum semula setelah Lembaga hitam itu membaca sesuatu . " Jasad ku bukan disini , Tetapi Jiwa ku disini !!!" Menyeringai Lembaga perempuan itu setelah kepalanya bercantum. Lalu Kedua mahkluk misteri itu ghaib setelah kabus hitam mengelilingi nya. Sambung part 4

No comments:

Post a Comment